Saturday, March 5, 2011

Lulusan Ugama Suka Gesel dan Raba

Lulusan agama suka raba


SAYA mengenali seorang kawan lepasan pengajian Islam. Biarlah saya namakan kawan ini sebagai A dan perkenalan kami sudah lama iaitu bermula sejak sekolah rendah hingga menengah.

Rumah kami juga tidak jauh antara satu sama lain dan menganggapnya sebagai pemuda yang baik dan tidak pernah saya melihat dia melakukan perkara memalukan. Saya sangat menghormatinya kerana dia melanjutkan pelajaran di sebuah universiti terkenal dalam bidang pengajian Islam.
Saya menganggap orang lepasan pengajian Islam mestilah seorang yang alim dan tidak melakukan perkara dilarang agama. Namun, saya sangat terkejut apabila mengetahui A mendapat kepuasan seks dengan suka meraba-raba atau menggesel kemaluannya kepada perempuan, terutamanya di tempat yang sibuk dan ramai seperti dalam komuter.

Apa yang sangat menghairankan saya bagaimana seorang yang berpendidikan tinggi dalam agama boleh terbabit dalam perkara yang amat memalukan. Dia juga pernah memberitahu saya dia sangat risaukan perkara ini dan berharap boleh sembuh. Ini kerana A tidak mahu orang lain mengetahui perkara ini.




Ingin membantu,
Kuala Lumpur


FROTTEURISM adalah sejenis kecelaruan seksual di mana pelakunya mendapat kepuasan seks dengan menyentuh atau meraba seseorang tanpa izin. Bagaimanapun, untuk benar-benar mengesahkan sama ada A adalah seorang frotteurism, dia perlu memenuhi kriteria diagnostik yang ditentukan.

Lulusan bidang pengajian Islam dipandang tinggi kerana pengetahuan, penguasaan ilmu dan amalan dalam hal-hal berkaitan agama Islam, terutama dalam bidang pengajian yang diikutinya. Secara umum, lulusan bidang pengajian Islam menuntut individu itu untuk menghapuskan kejahilan, memperkukuh amalan, menerapkan nilai-nilai murni, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ia sudah dikira sebagai dakwah dan ibadah serta sudah tersedia jalan dan ruang berdakwah.

Dalam konteks A, masalah wujud pada personaliti, tingkah laku dan masalah kecelaruan seksualnya, bukan bidang pengajian yang diikutinya. Dengan mengaitkan bidang pengajian yang diikuti dengan tingkah lakunya, adik akan bertambah keliru dan bersifat hairan.

Dengan menganggap setiap individu, tanpa mengambil kira latar belakang pengajian boleh menghidap pelbagai jenis kecelaruan akan membuatkan adik lebih mudah menerima sesuatu realiti. Adik akan dapat menerima kenyataan, walaupun A, seorang lulusan pengajian Islam, tetapi dia juga mengalami masalah kecelaruan seksual.

Ternyata A perlu mendapat rawatan. Seperti simptom kecelaruan seksual yang lain, rawatan membabitkan terapi dan juga rawatan berbentuk psikofarmologikal. Banyak teori wujud dalam usaha menerangkan bagaimana kecelaruan wujud. Ramai pakar mengaitkan dengan zaman kanak-kanak.

Rawatan berbentuk keagamaan juga membantu di mana setiap kali A ingin memuaskan nafsunya dengan menggeselkan kemaluan atau meraba-raba perempuan, dia akan melihatnya sebagai sesuatu perbuatan yang salah di sisi agama, lalu tidak melakukannya.

Dr doakan A sembuh daripada sikap buruknya dan dapat terus berbakti kepada agama dan bangsanya.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

No comments:

Post a Comment