Saturday, March 5, 2011

Aurat Wanita Islam Dengan Bukan Islam

Batas aurat


SAYA belajar di universiti tempatan dan bercampur dengan rakan bukan Islam. Apakah hukumnya tinggal serumah dengan orang bukan Islam dan batas aurat dengan orang bukan Islam?


IZA

Kuantan, Pahang


Orang Islam dibolehkan berkawan dengan bukan Islam. Mereka bukan najis, bahkan mereka juga makhluk Allah dan tidak salah tinggal serumah dengan bukan Islam.

Batas aurat dengan wanita bukan Islam berbeza ikut keadaan. Jika diyakini dia seorang yang ‘thiqah’ iaitu boleh dipercayai, aurat dengan wanita bukan Islam sama seperti wanita sesama Islam iaitu antara pusat dan lutut saja.

Bagaimanapun, jika ada keraguan mengenai mereka dan dikhuatiri akan diceritakan pada orang lain mengenainya, aurat adalah semua anggota kecuali muka dan tangan.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

No comments:

Post a Comment