Thursday, April 26, 2012

asb

Pelaburan ASB harus


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
HAMPIR 70 peratus umat Islam di Malaysia mempunyai wang simpanan atau pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Apakah hukumnya jika seseorang Muslimin menggunakan duit hasil pelaburan ASB bagi tujuan keperluan hidup seperti membeli rumah atau makanan, malah untuk ibadat juga termasuk mengerjakan haji, zakat, bersedekah serta perbelanjaan pendidikan anak. Adakah ia haram? Bagaimana pula dengan wang faedah pelaburan ASB?
KHAHAR
Alor Gajah, Melaka.



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-80 yang bersidang pada 1 hingga 3 Februari 2008, membincangkan Pelaburan Dalam Amanah Saham Nasional, ASB dan seumpamanya.


Muzakarah memutuskan bahawa hukum melabur di dalam skim ASN dan ASB serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

Dengan ini, segala keuntungan daripadanya halal digunakan. Kita seharusnya bijak menganalisis Maqasid al-Syariah dalam hukum Islam dan kedudukan ASB adalah salah satu cara untuk menjamin penerusan umat Islam di negara ini dalam usaha memastikan orang Melayu Islam tidak ketinggalan di segi ekonomi.

Tuesday, April 24, 2012

kejadian manusia

Posted by a U t A m a N - - 0 comments


PERINGKAT SATU
     NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani
Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2
       " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

       Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran

         Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
               Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
             

A- Sperma                                 B-Sperma menembusi ovum

PERINGKAT KEDUA
ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
Firman Allah yang bermaksud
" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"
                                                                 al-Mukminun : 14
         Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
  • sesuatu yang bergantung atau melekat
  • pacat atau lintah
  • suatu buku atau ketulan darah

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam rahim.

 PERINGKAT KETIGA
MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14
Firman Allah yang bermaksud
"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
al-Mukminun : 14

      Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

 PERINGKAT KEEMPAT
IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
Firman Allah yang bermaksud :
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"
al-Mukminun : 14

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
        
   Janin pada usia 12 minggu

PERINGKAT KELIMA
NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi  perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

Janin mendapat makanan melalui uri

 PERINGKAT KE ENAM
NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t

ramses 11

Posted by a U t A m a N - - 0 comments

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.


Les Momies Des Pharaons Et La Midecine

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

Thursday, April 19, 2012

tertipu

Ingin bercerai kerana tertipu

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SAYA berusia lewat 30-an dan baru berkahwin tiga bulan lalu (kahwin lewat). Saya mengenali suami di alam maya. Kami kenal sekejap saja dan dia terus me�ngajak saya berkahwin kerana dia sudah menduda selama 10 tahun dan anaknya tinggal bersama bekas isteri.

Kesungguhannya berjumpa orang tua saya dan kes�abarannya menempuh dugaan sepanjang tempoh itu menggambarkan dia benar-benar ikhlas mengahwini saya.

Dalam borang permohonan nikah, statusnya duda dan saya sendiri menemaninya mengambil surat cerai. Pada awal perkahwinan memang bahagia.

Kami tinggal berjauhan kerana suami berjanji hendak berpindah tempat kerja dan tinggal bersama saya. Namun masuk bulan kedua, saya mula rasa sesuatu yang disorokkan daripada saya.


Kami sering berselisih faham. Kemuncak kemarahan suami, dia menyebut sudah tidak mahu ambil tahu lagi hal saya. Ke mana saya nak pergi, apa saya nak buat dia tidak peduli.


Saya melakukan solat istikharah dan keesokannya, saya nekad pergi mencarinya.
Allah tunjukkan pada saya selama ini saya ditipu kerana dia rupanya mempunyai isteri dan anak yang tinggal bersamanya.

Saya terkejut kerana isterinya itu perkahwinan kedua suami (kemungkinan bernikah di Siam dan tidak mendaftarkan pernikahannya).

Sebelum ini, saya dibawa ke rumah sewanya yang lain semata-mata mahu mengaburi mata saya.

Sejak itu kami sering bergaduh. Saya rasa seperti dipergunakan untuk kesenangannya bersama keluarga di sana. Hancur hati saya, segala impian untuk tinggal bersamanya hanya helah semata-mata.

Saya amat tertekan dan sejak kejadian itu, saya mengambil ubat tidur. Suami tidak lagi mempedulikan saya, malah bersikap ego dan meletakkan semua kesalahan kepada saya.

Semua itu berlaku kerana dia tidak jujur pada saya. Saya malu kepada keluarga atas apa yang berlaku. Seboleh-bolehnya saya tidak mahukan perceraian berlaku, tetapi sampai bila saya boleh hidup begini?

Saya berkahwin dengannya kerana ingin hidup bahagia, sakit pening, susah senang bersama saya, tempat me�ngadu serta dapat membimbing saya.

Sekarang suami tidak lagi menghubungi saya bertanya khabar, apatah lagi memberi nafkah. Sebelum ini, suami sering mengirim mesej untuk melepaskan saya, tetapi sampai sekarang dia masih bermain tarik tali. Harap Dr dapat memberi cadangan kepada saya untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi ini.

HAN,
Selangor



SEMEMANGNYA anda berada dalam dilema untuk memilih jalan terbaik. Bagaimanapun, terdapat beberapa pilihan dalam keadaan di atas, antaranya:

Mengekalkan ikatan perkahwinan dan menerima apa yang berlaku seadanya walaupun ia agak payah diterima. Dengan kata lain, anda menerima keadaan suami yang sudah mem�punyai isteri dan anak lain.

Memilih untuk bercerai dengan suami. Ini boleh berlaku apabila suami melafazkan cerai kepada anda. Dengan itu anda dapat membina hidup baru.

Anda boleh melaporkan kepada mahkamah syariah dengan membawa kes anda dengan tujuan memohon perceraian sekiranya suami enggan bercerai secara baik.

Anda boleh memohon cerai taklik kerana kegagalan memberi nafkah dan sebab lain seperti tertipu. Pilihan ketiga mengambil masa kerana membabitkan prosedur mahkamah.

Wednesday, April 18, 2012

ptptn riba

PTPTN: Haram caj lebihi kos sebenar
WAN NASRAH ABDUL RAHIM
18 April 2012
Ketua Hal Ehwal Penyelidikan, Akademi Penyelidikan Syariah Kewangan Islam Antarabangsa (Isra), Dr As
SHAH ALAM - Semua empat mazhab ulung sepakat bahawa kontrak perjanjian yang dikenakan caj perkhidmatan melebihi kos sebenar adalah haram.

Ketua Hal Ehwal Penyelidikan, Akademi Penyelidikan Syariah Kewangan Islam Antarabangsa (Isra), Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata, melalui piawaian syariah adalah tidak dibenarkan bagi institusi pinjaman mengenakan peratusan yang tidak munasabah.

Katanya, caj perkhidmatan yang dikenakan mestilah mewakili kos sebenar perkhidmatan dan bukannya sekadar peratusan berasaskan nilai atau jumlah pinjaman yang diberikan.

“Skim pinjaman pendidikan mestilah bebas daripada unsur-unsur yang diharamkan syarak, terutamanya dalam konteks riba,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

“Malah, Majlis Syariah AAOIFI (Organisasi Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan Islam) dan Majlis Fiqh Sedunia di bawah Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) mengeluarkan resolusi yang jelas dengan menyatakan bahawa caj bagi perkhidmatan hanya dibolehkan dengan syarat ia adalah kos sebenar pengurusan teknikal.

“Piawai Syariah AAOIFI adalah seiring dengan Resolusi 13 yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa OIC. Ini bermakna sebarang caj yang dikenakan mestilah berasaskan kos pengurusan yang sebenar dan bukannya sekadar meletakkan peratusan seperti satu peratus, dua peratus atau tiga peratus daripada jumlah pinjaman.

Menurutnya, kitab syariah Al-Sunan Al-Kubra Lil-Baihaqi menjelaskan setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat bagi pemberi pinjaman adalah riba.

“Riba yang berkaitan dengan amalan memberi hutang dinamakan riba al-qard atau riba al-duyun. Hutang atau pinjaman tidak boleh dikenakan sebarang caj tambahan sama ada bersifat faedah atau perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata, Majlis Fatwa OIC dan Piawai Syariah AAOIFI membenarkannya apabila caj dikenakan berasaskan kos pengurusan sebenar tanpa terikat kepada nilai hutang peminjam. Maka caj tersebut boleh dikenakan kepada peminjam tanpa mengira jumlah atau nilai hutang yang diberikan.

“Ia tidak termasuk dalam pengiraan kos sebenar perkhidmatan pengurusan hutang seperti gaji pekerja, sewa tempat, aset dan pengangkutan serta perbelanjaan umum yang meliputi pengurusan institusi.

“Semua ini bagi mengelakkan wujudnya unsur-unsur riba yang diharamkan. Apa yang penting ialah elemen riba tidak boleh di kompromi sama sekali,” katanya.

Beliau berharap caj perkhidmatan dimansuhkan dan bukan memansuhkan pinjaman PTPTN, kerana ia adalah hutang yang perlu dijelaskan oleh peminjam.

Menurutnya, PTPTN tidak wajar dimansuhkan kerana ia boleh memberi manfaat kepada pelajar secara menyeluruh, berbanding skim biasiswa yang memfokuskan kelompok pelajar elit yang cemerlang akademiknya.

Tuesday, April 17, 2012

berhati2 beli insuran

Terlebih bayar insurans
Wartawan Sinar Harian
17 April 2012


KAMUNTING – Bayaran insurans seorang tukang besi, di sini, sepatutnya terhenti enam tahun lalu, malangnya sehingga kini dia masih lagi membayar caruman itu.

Kwong Fatt Chooi, 72, berkata, dia membeli insurans itu pada 15 Januari 1998 melalui pemasaran atas talian (tele-marketing) atas nama Insurans Hayat.

Menurutnya, menerusi kontrak yang ditetapkan, bayaran insurans akan tamat apabila pemegang polisi berumur 66 tahun.

“Bagaimanapun pada 15 Mac lalu, saya menerima penyata syarikat kad kredit dengan potongan bayaran insurans sebanyak RM50 dan RM30.70 menjadikan jumlahnya RM80.70.

“Sebenarnya, pada 15 Mac lalu, saya telah berusia 72 tahun. Ini bererti saya telah terlebih membayar insurans sebanyak 73 kali yang sepatutnya terhenti pada 28 Februari 2006,” katanya.

Fatt Chooi berkata, namun, pada 2 Mac lalu, dia menerima surat daripada pihak insurans menyatakan kedua-dua caruman RM30.70 dengan nilai pulangan sebanyak RM399.10 dan caruman RM50 (pulangan RM675) ibatalkan.

“Malangnya tiada cek bayaran disertakan. Malah dalam penyata kad kredit yang diterima 15 Mac lalu, pihak insurans masih lagimembuat potongan bayaran untuk kedua-dua caruman berkenaan.

“Sepatutnya, jika dihitung semula, saya terlebih bayar sebanyak 73 kali menjadikan, jumlahnya adalah RM5,891 iaitu RM80.70X73,” katanya.

Katanya, isterinya juga menerima nasib yang sama apabila pihak insurans masih membuat potongan caruman walaupun pemegang polisi sudah berusia 66 tahun.

Sementara itu, Penasihat Pengguna, Dr Billy Toh berkata, dia menasihati pengguna agar tidak membeli insurans secara pemasaran atas talian sebaliknya melalui kaunter atau syarikat insurans yang telah disahkan.

“Pemegang polisi boleh mendapatkan salinan polisi untuk dibaca bersama sebut harga termasuk syarat-syarat terlebih dahulu.

“Pembelian melalui pemasaran atas talian boleh merugikan pengguna seperti yang pernah berlaku kepada seorang pegawai bank yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

"Tetapi insuransnya tidak dibayar sehingga isterinya memohon surat daripada Amanah Raya terlebih dahulu,” katanya.

Katanya, apabila membeli insurans, pengguna hanya perlu mengisi nama waris dan apabila mereka meninggal dunia, waris hanya mengisi borang tuntutan seterusnya akan terus dibayar tanpa merujuk kepada Amanah Raya yang mengambil masa lama.

Monday, April 16, 2012

guru mesti fasih bm dan bi

Guru perlu fasih BM, BI

Oleh AZMY MOHAMED
pendidikan@utusan.com.my

Kementerian Pelajaran disaran supaya memperketatkan pengambilan pelajar ke institut pendidikan guru (IPG) demi meningkatkan profesion keguruan dengan melahirkan guru yang fasih dalam bahasa Melayu (BM) dan bahasa Inggeris (BI).

Bagi menjayakan saranan ini, pelajar perlu mendapat kepujian dalam kedua-dua subjek di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bukannya sekadar mendapat kredit untuk BM atau lulus bagi BI.

Hal ini penting untuk merealisasikan dasar Memartabatkan BM Memperkasakan BI (MBMMBI) di samping untuk mengatasi masalah sekiranya guru, atas pelbagai sebab, 'terpaksa' mengajar salah satu subjek bahasa berkenaan apabila ditempatkan di sekolah.

Paling tidak, dengan asas yang kukuh dalam kedua-dua subjek ini, guru terbabit tidak akan berdepan masalah besar untuk mengajar mata pelajaran bahasa walaupun mengambil opsyen subjek lain ketika di IPG.

Malah dengan menguasai serta memiliki kemahiran berkomunikasi dalam kedua-dua bahasa secara fasih akan melonjakkan martabat guru dan dipandang tinggi terutama ketika bermesyuarat atau membuat pembentangan di luar negara.

Pada masa yang sama, guru yang hebat dalam kedua-dua subjek ini akan turut melahirkan murid yang cemerlang serta mempunyai kemahiran berbahasa yang tinggi.

Bagaimanapun, untuk meningkatkan kemahiran berbahasa di kalangan murid, sukatan pelajaran subjek BM serta BI perlu disemak semula untuk membolehkan guru berinovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Sukatan pelajaran sedia ada agak padat dan perlu dihabiskan dalam tempoh masa ditetapkan menjadi faktor mengekang guru daripada menerapkan kaedah P&P yang menyeronokkan seperti melalui pendekatan bercerita atau secara drama.

Walhal pengajaran subjek bahasa memerlukan banyak latihan yang melibatkan pengungkapan kata, pengucapan awam dan komunikasi berkesan.

Akibat hambatan sukatan pelajaran juga menyebabkan pusat sumber sekolah yang dipenuhi banyak bahan bacaan tambahan tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Ia turut menjejaskan usaha membangun modal insan yang dapat menguasai kedua-dua bahasa dengan baik.

Sungguhpun begitu, dalam memperkasa BI, Kementerian Pelajaran telah mengambil beberapa langkah proaktif seperti menempatkan penutur jati di sekolah terpilih, mengambil guru bersara mengajar semula secara kontrak dan latihan khas kepada guru yang masih dalam perkhidmatan.

makan sayur umur panjang

Sayur, air suam rahsia usia 117
Oleh Mohammad Ishak
bhnews@bharian.com.my
2012/04/16

PAK MAN  membaca al-Quran tanpa menggunakan cermin mata sambil diperhatikan isterinya, Saadiah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Denger, Jertih, semalam.
PAK MAN membaca al-Quran tanpa menggunakan cermin mata sambil diperhatikan isterinya, Saadiah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Denger, Jertih, semalam.
Pak Man pernah nikahi lapan isteri disahkan tiada masalah kesihatan serius

JERTIH: Walaupun sudah berusia 117 tahun, ingatan Abdul Rahman Abu Bakar, masih segar dan keinginan untuk bersama wanita tetap kuat, malah mungkin dapat mengatasi keupayaan sesetengah lelaki lain.
Itulah kelebihan dimiliki Abdul Rahman atau lebih dikenali Pak Man dari Kampung Denger, dekat sini, yang masih gagah dan sihat, malah boleh bertutur dengan baik berbeza dengan kebanyakan rakan apabila mencapai usia emas.
Bukan itu saja, paling menarik lelaki ini pernah bernikah lapan isteri dengan isteri pertama dikahwininya ketika berusia 20 tahun, manakala isteri kelapan ketika berumur 80 tahun.

Pak Man bijak mengemudi rumah tangga dengan semua isteri yang pernah dikahwininya, apabila mampu mengawal kehidupan berkeluarga tanpa sebarang sengketa dengan pasangannya.

Ketika ditemui di rumahnya semalam, Pak Man mengakui perlu ada rahsia tersendiri untuk terus kekal sihat dan mempunyai isteri sehingga sekarang, meskipun sudah agak berusia.

Satu-satunya isteri masih bersamanya ialah, Saadiah Hamat, 71, manakala yang lain sudah meninggal dunia.
“Isteri yang lain meninggal kerana sakit tua dan hasil perkahwinan saya dikurniakan lapan anak dan 25 cucu,” katanya.

Dilahirkan pada 1895, Abdul Rahman yang ketika muda bekerja sebagai tukang rumah dan melalui kehidupan zaman penjajah bersyukur kerana masih dilanjutkan usia dan dapat menikmati segala kemudahan disediakan kerajaan.

Beliau berkata, sepanjang berumahtangga hanya sekali dapat berkongsi hidup dengan tiga isteri serentak.

“Saya bersyukur dengan kesihatan dan rezeki kurniaan Allah dan gembira melihat anak berjaya dalam hidup,” katanya.

Abdul Rahman mampu mengaji al-Quran, membaca akhbar serta buku tanpa menggunakan kaca mata dan penglihatan matanya masih baik.

Menceritakan rahsia menjaga kesihatan, Abdul Rahman berkata, sejak kecil dia tidak suka makan makanan berlemak, sebaliknya gemar memakan sayur dan air suam.
“Walaupun pernah menghisap rokok, tetapi selepas usia 50 tahun, saya cuba berhenti merokok.

“Saya juga disahkan doktor tidak mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis seperti yang lazim dialami individu seusia lain,” katanya.

Sunday, April 15, 2012

duit baru

BNM edar wang kertas baru mulai Julai depan


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BARU...wang kertas bertema Keunikan Malaysia sedia untuk dipasarkan.
BARU...wang kertas bertema Keunikan Malaysia sedia untuk dipasarkan.
BANK Negara Malaysia (BNM) sudah membuat persediaan bagi edaran wang kertas Malaysia siri baru mulai 16 Julai depan yang bertemakan Keunikan Malaysia terdiri daripada denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.
“Wang kertas RM50 dalam siri ini sudah berada dalam edaran sejak Disember 2007 dan akan terus berada dalam edaran,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur. BNM berkata, dalam membuat persediaan bagi edaran wang kertas siri baru itu, pihaknya bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, sektor perniagaan, vendor pengendali mesin wang tunai dan pihak berkuasa tempatan sejak Disember tahun lalu untuk memudahkan peralihan yang lancar. BNM turut menggesa vendor yang mengendalikan mesin wang tunai memastikan mesin berkenaan boleh menerima wang kertas siri baru dan lama untuk kemudahan orang ramai.

titanic

ARKIB : 15/04/2012

Suka duka Titanic


GAMBAR yang diambil menggunakan kamera resolusi tinggi yang jelas menunjukkan kedudukan serta gambaran sebenar ia ditemui.


HARI ini genap 100 tahun kapal RMS Titanic tenggelam ke dasar laut ketika dalam perjalanan pertamanya dari Southampton, England ke New York, Amerika Syarikat (AS).
Kapal tersebut karam di bahagian utara Lautan Atlantik setelah terlanggar bongkah ais, mengorbankan 1,514 penumpang dan anak kapal.
Kisah Kapal RMS Titanic sering saja menarik perhatian ramai. Apatah lagi dengan kejayaan filem Titanic keluaran 1997, ia seolah-olah memacak ingatan kita semua terhadap kisah kehebatan pembinaannya sehinggalah ‘tersungkurnya’ kapal yang dikatakan “tidak mungkin tenggelam” itu.
Sejarah pembinaan kapal ini sejak dari awal lagi telah menempa nama sebagai kapal paling hebat pernah dicipta pada zamannya.
Dibina di Belfast, Ireland oleh syarikat Harland and Wolff pada September 1908, kapal ini dimiliki oleh syarikat White Star Line. Selain RMS Titanic, dua buah kapal lagi turut dibina bersama iaitu RMS Olympic dan HMHS Britannic yang turut dimiliki oleh White Star Line.
Kapal ini siap dibina pada penghujung Mac 1912 dan percubaan pertama pelayarannya dilakukan pada 2 April 1912, lapan hari sebelum ia dijadualkan melakukan pelayaran pertama.
Walaupun ramai yang meragui kenapa kapal ini perlu menjalani pelayaran pertamanya secara tergesa-gesa, hanya beberapa minggu selepas ia disiapkan, namun sehingga saat akhir pelepasannya semuanya kelihatan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Mengikut jadual yang telah dirancang, kapal RMS Titanic bersama dua lagi kapal RMS Olympic dan HMHS Britannic dijadualkan belayar ke New York pada setiap Rabu minggu ketiga dari Southampton dan Sabtu dari New York.
Dalam perjalanan ke New York, kapal tersebut turut singgah di bandar Cherbourg, Perancis dan bandar Queenstown (kini dikenali sebagai Cobh) di Ireland untuk mengambil penumpang dan kargo.

Kemewahan
Titanic sememangnya dibina dengan spesifikasi tertinggi serta hiasan dalaman yang menunjukkan kelas kemewahan terbaik untuk penumpangnya. Namun untuk penumpang kelas bawahan mereka diletakkan di kawasan berasingan.
Kapal ini mampu menempatkan seramai 739 penumpang kelas pertama, 674 kelas kedua dan 1,026 penumpang kelas ketiga. Pada hari pelayaran pertamanya, kapal ini membawa penumpang seramai 2,224 orang termasuk 900 anak kapal walaupun dikatakan ia mampu membawa 3,339 orang.
Hiasan dalamannya menyerlahkan kemewahan dengan penggunaan gaya Empire dan Victorian terutama di kelas pertama.
Tujuannya bagi memberi gambaran kepada penumpang seolah-olah mereka bukan berada di dalam sebuah kapal tetapi di sebuah hotel atau perumahan mewah di tepi pantai.
Di bahagian kelas pertama, ia turut dilengkapi kolam renang, gimnasium, sistem telefon, perpustakaan dan pelbagai lagi peralatan dan kemudahan-kemudahan mewah lain.
Pastinya keadaan sebegini tidak terdapat di bahagian kelas tiga yang kebanyakannya dihuni golongan miskin yang mahu berhijrah ke AS untuk mencari kehidupan lebih baik.
Karam
Selepas empat hari meninggalkan pelabuhan Southampton pada 14 April 1912, kapal ini terlanggar bongkah ais gergasi pada pukul 11.40 malam (waktu tempatan).
Pelanggaran ini telah mengakibatkan badan kapal tersebut rosak teruk serta merosakkan lima daripada 16 bahagian kedap air. Dalam tempoh hanya dua jam setengah, kapal ini penuh dimasuki air dan hanya menanti masa untuk karam.
Kesilapan utama kapal ini walaupun dilengkapi peralatan canggih serta pesona reka bentuk dalaman mewah, malangnya ciri-ciri keselamatannya masih ketinggalan zaman. Ini kerana bot penyelamat yang disediakan tidak mencukupi untuk semua penumpang di atas kapal.
Kapal ini hanya membawa 20 bot penyelamat yang boleh membawa 65 orang pada satu-satu masa selain dua buah bot kecil. Namun adalah tidak menjadi kesalahan pada ketika itu untuk membawa bot penyelamat yang lebih sedikit berbanding jumlah sebenar penumpang.
Ini kerana untuk kapal seberat 10,000 tan ia hanya perlu membawa 16 bot penyelamat yang boleh membawa 900 orang. Oleh itu Kapal Titanic tidak melakukan kesalahan pada waktu itu malah ia membawa lebih banyak bot penyelamat daripada yang dibenarkan.
Namun akibat undang-undang lapuk ini terlalu banyak nyawa terpaksa dikorbankan. Akibatnya hanya 710 orang berjaya diselamatkan.
Polisi ‘selamatkan kanak-kanak dan wanita dahulu’ juga mengakibatkan 90 peratus lelaki, kebanyakannya daripada bahagian kelas kedua dan ketiga terpaksa ditinggalkan di atas kapal. Seramai 693 anak kapal yang terpaksa turut sama terkorban.
Mereka yang cuba menyelamatkan diri dengan terjun dari kapal kemudiannya mati akibat hipotermia iaitu kesejukan melampau.
Akhirnya apabila jam menunjukkan waktu 2.20 minit pagi, kapal tersebut terpecah kepada dua bahagian dan mula karam perlahan-lahan membawa lebih 1,000 orang tenggelam bersamanya.
Mereka yang bernasib baik kemudiannya telah diselamatkan oleh anak kapal RMS Carpathia beberapa jam kemudian.
Tragedi ini meninggalkan kesan mendalam terhadap mangsa dan keluarga mereka yang terkorban. Bagi keluarga anak kapal, mereka kehilangan ketua keluarga yang menyara kehidupan mereka selama ini.
Namun keprihatinan telah ditunjukkan orang ramai yang bertindak menderma untuk mengurangkan beban mereka.
Paling penting, kejadian ini telah membuka mata pihak berkuasa maritim untuk lebih menumpukan perhatian terhadap aspek keselamatan.
Penemuan
Hakikatnya selepas 100 tahun kapal ini tenggelam, ia masih jadi topik bualan masyarakat terutama di Barat.
Selepas beberapa percubaan untuk mengesan kapal ini, pada 1 September 1985, ia kedudukan sebenarnya berjaya dikesan.
Teori tentang lokasi asal kapal itu turut terungkai – lapan kilometer daripada maklumat asal yang dihantar oleh anak kapalnya sebelum ia tenggelam.
Malah penemuan tersebut turut mendedahkan bahawa ia terpecah dua sebelum tenggelam pada kedalaman 3,784 meter di dasar laut.
Orang yang berjaya menemuinya ialah Dr. Robert Ballard bersama kumpulannya.
Penemuan pada pukul 2 pagi waktu tempatan itu berjaya dilakukan menggunakan kamera yang diletakkan di dalam kapal selam kecil yang dinamakan Jason Junior (JJ).
Enam hari dihabiskan untuk mengkaji hampir setiap inci badan Titanic dan kajian mereka mendapat pujian ratusan juta penduduk dunia yang begitu teruja dengan penemuan bersejarah ini.
Lelongan
Sempena sambutan 100 tahun Titanic beberapa acara dilangsungkan untuk mengenang tragedi bersejarah ini. Antaranya lelongan 5,000 barangan berharga yang ditemui daripada penumpang kelas pertama di New York hari ini.
Koleksi barangan itu akan dilelong oleh firma Guernsey yang bekerjasama dengan Premier Exhibitions dan anak syarikatnya yang bertanggungjawab memegang amanah barangan yang ditemui di dalam RMS Titanic.
Dianggarkan jualan kesemua barangan itu mencecah AS$189 juta (RM594 juta).
Antara yang bakal dilelong, set mencukur, permainan kanak-kanak, paip tembakau dan butang tembaga yang dipakai oleh kapten kapal, Edward Smith dan para pegawainya.
Terdapat juga barangan mewah seperti botol kristal dari kabin kelas pertama, lilin dari Restoran A la Carte, pinggan perak serta porselin biru dan emas. Sisa-sisa bahagian kapal itu turut dilelong seperti kompas yang digunakan oleh pegawai pemerhati, lampu, wisel perak dan loceng.
Acara lain yang turut mendapat tempat adalah tayangan semula filem Titanic 3D yang bermula 5 April lepas.
Kapal pelayaran mewah, Balmoral, yang dikendalikan oleh syarikat Fred Olsen Cruise pula ditempah oleh agensi pelancongan, Miles Morgan untuk menyusuri laluan kapal Titanic bagi mengimbau tragedi itu.

Saturday, April 14, 2012

pembaiyaan

ARKIB : 14/04/2012

Kenali perbezaan antara skim pembiayaan peribadi, kereta dan hartanah


Pembiayaan jangka panjang seperti rumah dan hartanah lain menggunakan kaedah baki berkurangan yang lebih menjimatkan kos. - Gambar hiasan


SAYA fikir semua skim pembiayaan adalah sama sehingga baru-baru ini saya diberitahu ada perbezaan antara pembiayaan peribadi, pembiayaan hartanah dan pembiayaan kereta dan kadar berbeza dikenakan kepada pelanggan berbeza. Bolehkah saya mengetahui bagaimana kaedah pengiraan kadar pembiayaan-pembiayaan itu dan mengapa ia berbeza antara satu sama lain?
PEMBIAYAAN boleh dibahagikan pada amnya kepada dua jenis, iaitu bercagar dan tidak bercagar. Pembiayaan bercagar mensyaratkan peminjam menggadaikan aset tertentu sebagai cagaran bagi pembiayaan yang diberikan oleh bank.
Contoh umum pembiayaan bercagar ialah skim pembiayaan kereta dan hartanah. Sebaliknya, bagi pembiayaan tidak bercagar, peminjam tidak perlu memberikan cagaran atau menyediakan penjamin, seperti kebanyakan produk pembiayaan peribadi di pasaran.
Memang benar bahawa terdapat kadar dan kaedah berbeza untuk jenis pembiayaan berbeza. Sebagai panduan umum, pembiayaan tidak bercagar tanpa sebarang cagaran mewujudkan risiko lebih tinggi kepada bank.
Maka tidak menghairankan jika pembiayaan seperti ini mengenakan kadar lebih tinggi kepada pelanggan.
Sebaliknya, proses membiayai pembelian aset tetap yang dicagarkan, yang mempunyai nilai pasaran saksama, mempunyai risiko lebih rendah bagi bank, kerana bank boleh menampung sebarang kerugian hutang yang ditanggung menerusi penjualan aset yang dicagarkan.
Justeru memang wajar jika pembiayaan bercagar mengenakan kadar yang lebih rendah.
Selain daripada itu, pembiayaan jangka pendek seperti skim pembiayaan peribadi dan kereta menggunakan kaedah pengiraan garis lurus, iaitu kadar bulanan ke atas had asal dan bukannya atas jumlah baki hutang.
Manakala, pembiayaan jangka panjang seperti rumah dan hartanah lain menggunakan kaedah baki berkurangan yang lebih menjimatkan kos, kerana kadar dikira atas baki hutang yang belum jelas.
Terdapat keadaan tertentu, seperti overdraf, di mana pembiayaan dikenakan pada kadar premium walaupun pembiayaan adalah bercagar.
Premium tersebut dikenakan selepas mengambil kira kemudahan kredit yang sentiasa tersedia bagi pelanggan dan juga tunai yang boleh dikeluarkan oleh pelanggan untuk perbelanjaan peribadi mereka apabila mereka perlu.
Kadangkala kadar berbeza dikenakan untuk produk yang sama disebabkan perbezaan kelayakan atau taraf kredit pelanggan.
Secara kesimpulan, harga berkait secara langsung dengan risiko yang dianggap ditanggung oleh bank bagi produk pembiayaan dan juga pelanggan. Maka pelanggan yang memohon untuk produk pembiayaan harus memahami kos, ciri dan syarat, dan mendapatkan produk yang paling sesuai dengan keperluannya.

taman dalam mall

Taman indah dalam pusat beli-belah BTS




RUANG dalaman tingkat tiga pusat beli-belah Berjaya Times Square (BTS), Kuala Lumpur ceria dengan hiasan tumbuh-tumbuhan replika menghijau.
Meliputi kawasan seluas 5,000 kaki persegi (464 meter persegi) dikenali sebagai Central Park, seluruh kawasan tingkat itu diubah suai semula dengan tema kehijauan.
Ia dilihat menjadi ikon baharu BTS selepas pengurusan pusat beli-belah itu memperkenal 1st Avanue dan 5th Avenue di situ yang mengambil inspirasi ala pusat beli-belah di New York.
Central Park yang mengambil enam bulan proses renovasi juga adalah inisiatif untuk pihak BTS menarik lebih ramai pengunjung ke pusat beli-belah yang terletak di Kuala Lumpur itu.
Menempatkan kira-kira 40 gerai jualan di lot perniagaan Central Park, ia menjual pelbagai barangan daripada busana fesyen sehinggalah aksesori.
“Kami menggunakan replika tumbuhan renek untuk menghiasi kawasan ini. Ia memberikan satu persekitaran yang dingin. Sebanyak empat replika tumbuhan berbeza digunakan dan semuanya melibatkan kos sebanyak RM3.5 juta,” kata Pengurus Pemasaran dan Promosi Kanan BTS, Tan Boon Leong.

KASUT-KASUT yang dijual pada harga rendah di Central Park.


Usaha yang melibatkan rekaan beberapa pereka dalaman, menawarkan pemandangan yang sangat unik dan cantik terutamanya apabila pengunjung berada di tingkat atas Central Park.
“Selain untuk tujuan membeli-belah gaya bazar, dekorasi hijau di Central Market memberi suasana yang ceria dan selesa kepada pengunjung untuk membeli-belah,” katanya.

BTS membelanjakan enam bulan sebelum tampil dengan landskap Central Park di tingkat tiga.


Harga barang murah
Ujarnya lagi, pihak pengurusan menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap Central Park kerana BTS sendiri mempunyai trafik pengunjung mencecah 2.2 hingga 2.3 juta orang sebulan.
Oleh yang demikian, Central Park juga diyakini akan menarik lebih ramai pengunjung dan ia dibuktikan dengan trafik yang bertambah sejak Central Park diperkenal baru-baru ini.
“Oleh kerana itulah, pihak pengurusan telah menetapkan sewa yang tinggi kepada penyewa gerai di sini.
“Kami percaya, setiap penyewa di sini pasti akan mendapat keuntungan berganda,” ujar Boon Leong merujuk kepada sewa gerai yang mencecah RM86 sekaki persegi (0.09 meter persegi).
Deretan gerai-gerai kecil yang dihiasi cantik dengan landskap hijau, tambah ceria apabila penggerai juga menyuntik inisiatif sendiri menyusun atur kemas produk jualan mereka.

BUKAN sahaja kaya dengan pilihan, Central Park menawarkan harga yang murah.


Bahkan, pengunjung bukan sahaja pasti gembira apabila dijamu mata dengan dekorasi hijau malah, tawaran harga murah yang ditawarkan penggerai.
Hanya dengan RM10, anda boleh memiliki tali pinggang bergaya untuk wanita atau RM25 untuk pakaian dres yang cantik.
Bagi kaum Adam pula, dengan harga RM25 hingga RM35, cermin mata gelap boleh menjadi milik mereka.
Antara gerai di Central Park yang wajib dikunjungi termasuklah Macco Gifts yang menawarkan pouch dan aksesori telefon bimbit pintar.
Tidak ketinggalan Shuz Box untuk kasut wanita dan Planet Pop untuk mendapatkan snek bertih jagung sambil membeli-belah.

basikal

Membudayakan gaya hidup berbasikal



DI AMSTERDAM, Belanda, 40 peratus penduduknya menggunakan basikal untuk ke tempat kerja atau bersiar-siar di bandar. Untuk rekod, Belanda merupakan negara yang mempunyai jumlah penunggang basikal tertinggi dunia.
Mengikut perangkaan pada tahun lalu, 99.1 peratus daripada keseluruhan rakyat di negara itu menjadikan kenderaan klasik tersebut sebagai pengangkutan utama mereka di bandar.
Sementara di Copenhagen, Denmark, menunggang basikal dianggap kaedah yang lebih mesra alam, menyihatkan, murah malah lebih pantas berbanding kereta. Justeru, Copenhagen berani mentafsirkan bahawa penunggang basikal di negara itu akan meningkat antara 40 hingga 50 peratus dalam jangka masa tiga tahun lagi.
Atmosfera yang sama sebenarnya berlaku di Jerman, Sweden, Norway, Finland, Jepun termasuk Australia dan New Zealand.
Bagaimana pula dengan Malaysia? Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kehangatan berbasikal umpama menjadi satu trend yang digilai terutamanya dalam kalangan remaja.
Lihat sahaja gelombang basikal fixie mahupun basikal lipat di ibu negara. Mereka yang mengangkut basikal ke dalam sistem Transit Aliran Ringan (LRT) kini, bukanlah satu perkara aneh.
Bertitik tolak daripada itu, seorang usahawan muda, SM Faris SM Zulkifli, 20, menyemarakkan lagi fenomena berbasikal di negara ini dengan membawa jenama Avanti yang begitu kukuh dan popular di New Zealand sejak tahun 1985.
Ketika ditemui di kedai konsep BikePlus Avanti yang terletak di Plaza TTDI, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur, SM Faris berkongsi misi dan visinya.

SM FARIS mempunyai misi besar dalam mengembangkan empayar bisnes yang baharu dijananya.


Namun, seawal bicara, dia yang merupakan Pengarah SMS BikePlus Sdn. Bhd. berkata: “Kedai basikal yang ada sekarang, pilihannya sangat terhad. Ada yang terlalu mahal dan ada yang terlalu murah.
“Melihat kepada situasi itu, saya membawa Avanti iaitu satu jenama yang menjual basikal dengan purata harga murah iaitu bermula pada harga RM1,000 lebih hingga yang termahal, mencecah lebih RM30,000.”
Perancangan memperkenalkan bisnes itu di negara ini telah mendorongnya melakukan beberapa kajian dan perbincangan bersama keluarga dan sepupu-sepupunya. Kira-kira dua bulan selepas itu, impian anak muda tersebut menjadi realiti apabila Avanti berjaya dilancarkan pada 22 Februari lalu.
SMS BikePlus yang dikendalikan SM Faris tidak tertakluk di Malaysia sahaja kerana syarikat itu juga merupakan pengedar tunggal jenama itu di Brunei dan Indonesia. SMS Bikeplus turut terbabit dalam membiayai pasukan basikal profesional dari New Zealand, Pure Black Racing.
Variasi pilihan
SM Faris memiliki segenap pengetahuan tentang Avanti dan bersungguh-sungguh menceritakan tentang bisnes baharunya itu.
Ujarnya, rangkaian basikal yang dibawanya untuk pasaran tempatan ialah model basikal perlumbaan, basikal prestasi dan basikal bukit.
Namun, yang paling mencuri tumpuan pastinya model terpantas UCI dalam terowong angin iaitu Avanti Chrono Evo II Di2 yang ditawarkan pada harga RM35,801 seunit.
Dalam sesi wawancara itu juga, SM Faris turut mendemonstrasikan basikal paling ringan di kedai konsep itu dengan mengangkatnya dengan sebelah tangan sahaja.
Basikal itu ialah jenis Avanti Quantum Silver yang dijual pada harga jualan RM30,685 sebuah.
Premis seluas 185 meter persegi yang dibuka dengan pelaburan sebanyak RM700,000 itu juga turut memuatkan basikal untuk golongan kanak-kanak seperti jenis BMX.
“Avanti menawarkan basikal khas untuk wanita. Santai bersama keluarga akan menjadi lebih menghiburkan dan bermakna dengan Avanti yang menyediakan basikal pelbagai saiz dan bentuk yang elegan,” kata bekas graduan Diploma Perniagaan, Kolej Taylor's Subang Jaya (TCSJ) sambil memberitahu jenama Avanti sebenarnya sudah mempunyai peminatnya tersendiri.

ANTARA aksesori tambahan yang disediakan buat para peminat aktiviti berbasikal.


Perspektif SM Faris berskala luas. Dia tidak hanya membawa jenama Avanti tetapi turut memperkenalkan jenama Volta iaitu jersi lengkap untuk kelengkapan seorang penunggang basikal.
“Untuk kecergasan, suplemen dan minuman tenaga Peakfuel turut diketengahkan. Kepada para pembeli, anda jangan risau sebab kedai konsep kami dibarisi oleh konsultan yang berpengetahuan.
“Jika ada pengubahsuaian hendak dilakukan seperti basikal untuk ke tempat kerja, variasi aksesori (jenama Zero) yang berkualiti disediakan,” ujar anak kedua dari empat beradik itu.
Momentum positif
Sesungguhnya percaturan anak muda itu yang berani menongkah arus perdana tidak sia-sia. Jenama Avanti cepat menangkap perhatian masyarakat.
“Alhamdullillah, ia sudah menarik golongan peminat baharu dan tidak sampai sebulan, 20 unit basikal sudah terjual. Kami berhasrat untuk menjual kira-kira 100 unit basikal setiap bulan dan meletakkan sasaran pendapatan bulanan sebanyak RM500,000,” ujarnya yang merupakan kesinambungan kepada legasi tokoh korporat negara, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin dan Datuk SM Shalahuddin.
Momentum positif SMS BikePlus diteruskan dengan perancangan untuk membuka tiga lagi bilik pameran di Pulau Pinang, Terengganu dan Melaka tidak lama lagi.
Serentak dengan itu, pihaknya juga membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi pengedar di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

SMS Bikeplus dibarisi oleh pekerja yang berkemahiran dan berpengetahuan serta mesra pelanggan.


Bandar basikal
SM Faris ternuyata bersemangat berkongsi gagasannya. Dia mengimpikan untuk mewujudkan beberapa bandar basikal di negara ini seperti di Jepun dan Australia.
“Antara yang terbayang di fikiran saya ialah di Putrajaya, Melaka, Terengganu dan Pulau Pinang.
“Saya berkeyakinan ia akan menjadi satu kenyataan kelak sekiranya mendapat sokongan daripada masyarakat dan kerajaan. Saya rasa kita tak perlu tunggu sampai jalan kita sesak teruk, barulah kita nak aplikasikan,” katanya penuh ketegasan.
Bagi menunjukkan contoh yang baik, SM Faris mengakui, dia sendiri gemar berbasikal bersama rakan-rakannya termasuk keluarganya.
“Sebelum ke tempat kerja, lebih kurang pada pukul 5 atau 6 pagi, saya akan berbasikal. Nikmat selepas berbasikal sungguh luar biasa dan saya berasa sangat segar.
“Saya rasa sudah tiba masanya rakyat di negara ini membudayakan diri dengan berbasikal ke tempat kerja waima ke destinasi-destinasi lain di dalam bandar,” katanya yang juga ingin mengembangkan pasaran Avanti di Brunei dan Indonesia.

bakat

Ekspresi bakat pelajar sekolah


Program inisiatif ekspresi belia DiGi ini menggalakkan remaja untuk tampil ke hadapan dan menonjolkan bakat kreatif yang dimiliki.


REMAJA dan muzik sukar dipisahkan. Malah, kreativiti mereka terhadap elemen itu menjangkaui pemikiran dan punya tarikan tersendiri. Menyedari hakikat itu, DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi) mengambil langkah memperkenalkan program DiGi Live Sekolahku Berbakat bagi mencungkil potensi yang ada dalam diri mereka untuk diketengahkan menerusi seni pentas.
Program inisiatif ekspresi belia DiGi itu diadakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menggalakkan mereka yang berumur antara 12 hingga 19 tahun menampilkan kreativiti diri dalam cara yang menyeronokkan dan kreatif melalui muzik dan tarian.
Menurut Ketua Pemasaran Segmen DiGi, Moharmustaqeem Mohammed, menerusi penglibatan mereka dengan golongan belia sebelum ini, banyak bakat dinamik dan unik sama ada individu mahupun berkumpulan berjaya ditemui terutama dalam bidang muzik.
“Justeru, ini telah memberikan kami sebab terbaik untuk mewujudkan satu platform di mana mereka boleh menampilkan kemampuan dan kreativiti mereka hingga ke peringkat nasional.
“Apa yang membezakan Sekolahku Berbakat daripada program persembahan bakat yang lain adalah tahap penglibatan yang disediakan kepada semua peserta. Dengan kerjasama KPM, kami akan menganjurkan bengkel kreativiti, tata rias dan persembahan bukan sahaja untuk murid-murid, malah juga guru-guru pilihan kementerian.
“Ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kondusif yang menyokong dan memupuk pembangunan bakat para pelajar di sekolah-sekolah tempatan,” kata beliau sewaktu melancarkan program berkenaan di Studio DiGi House di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Lantaran itu, inisiatif DiGi Live Sekolahku Berbakat melengkapi saranan Kementerian Pelajaran dengan hasrat supaya murid-murid menjadi serba boleh dan memiliki cara hidup yang seimbang antara pelajaran dan aktiviti kokurikulum.
Program DiGi Live Sekolahku Berbakat telah bermula sejak 28 Februari lalu dan peringkat akhirnya akan berlangsung pada 8 Mei ini. Ia terbuka kepada semua pelajar sekolah di Malaysia berusia 12 hingga 19 tahun.
Untuk menyertai pertandingan itu, pelajar perlu membentuk kumpulan yang mempunyai dua hingga enam ahli dan mendaftarkan kumpulan mereka menerusi sekolah masing-masing atau dalam talian di www.digi.com.my/digilive bagi salah satu daripada lima kategori berikut, iaitu nyanyian, kugiran, kugiran instrumental, tarian atau tradisional.
Uji bakat akan diadakan di enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor. Sepuluh kumpulan akan dipilih dari setiap negeri untuk bertanding di peringkat akhir bagi negeri tersebut.
Dua kumpulan teratas dari setiap negeri pula layak menyertai pertandingan ke peringkat akhir kebangsaan yang akan berlangsung pada 8 Mei 2011 di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Pada setiap tahap pertandingan, kumpulan yang layak perlu menghadiri satu kem yang menampilkan latihan motivasi, sesi berhias diri dan raptai untuk menyediakan mereka ke peringkat akhir.
Bagaimanapun, kumpulan dari luar kawasan enam negeri tersebut boleh menyertai pertandingan ini sama ada dengan menghadiri uji bakat di lokasi yang telah ditetapkan atau menerusi penyertaan wildcard.
Mereka boleh memuat naik video uji bakat ke dalam laman Facebook Belia DiGi, www.facebook.com/digiyouths. Penyertaan wildcard itu juga termasuk bagi kumpulan yang tidak berjaya melepasi uji bakat di negeri masing-masing.
Hanya dua kumpulan daripada penyertaan wildcard di laman Facebook ini akan dipilih untuk bertanding di peringkat akhir kebangsaan berdasarkan undian popular daripada orang ramai.
Untuk maklumat lanjut mengenai program DiGi Live Sekolahku Berbakat, layari laman web www.digi.com.my/digilive.

dunia masakan

Memasak dunia Ekhsan


EKHSAN tidak kisah jika ada yang menganggap bahawa cita-citanya untuk menjadi pengurus jaminan kualiti makanan merupakan kerjaya yang kurang popular.


SI manis, Ekhsan Hafidzah Shuhaimi, 22, cekap melayan pelanggan yang datang khas dari Turki di Restoran Apprenti, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Sesekali Ekhsan datang membawa makanan ke meja media. Meskipun Ekhsan kerap dipanggil oleh pelanggan dari setiap penjuru, dia tidak melatah dan senyumannya sentiasa terukir di bibir.
“Maaf ya, kalau layanan saya kurang memuaskan, saya harap anda semua berpuas hati dengan makanan Turki yang kami sediakan,” kata Ekhsan yang bertindak sebagai pelayan dan salah seorang tenaga kerja yang memasak pada Majlis Promosi Makanan Turki di UPM baru-baru ini.
Majlis itu sebenarnya merupakan salah satu keperluan kursus yang akan dinilai pada peperiksaan akhir semester Ekhsan dan 54 rakan sekuliahnya.
Ekhsan memberitahu, dia bercita-cita untuk menjadi seorang Pengurus Jaminan Kualiti Makanan di salah sebuah syarikat makanan terkemuka di Malaysia.
“Saya tahu kerjaya ini tidak popular namun saya suka bidang masakan sejak kecil,” ujarnya yang meminati tokoh masakan terkenal di dunia, Wayne Gisslen.
KOSMO!: Apakah yang menyebabkan Ekhsan memilih pengajian ini?
EKHSAN: Secara jujurnya, saya memilih jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Makanan atas pengaruh keluarga. Ayah saya dulu adalah bekas pelajar UPM yang mengambil jurusan Sains dan Teknologi Makanan.
Selepas tamat pengajian di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, saya terus terus memilih jurusan ini di UPM. Sebenarnya kerja saya bukan setakat menghidang makanan saja, bahkan seseorang pelajar perlu mahir dalam subjek Kimia dan Fizik.
Adakah Ekhsan mahir memasak dan ada pengalaman memasak dalam skala yang besar?
Dulu saya lebih banyak memerhati saja. Saya juga sering singgah ke restoran-restoran atau kedai-kedai untuk melihat perbandingan cara masakan dan seni hiasannya.
Saya pernah memasak untuk majlis hari jadi kawan saya. Kata mereka, masakan saya baik-baik saja. Terbaru, saya dijemput untuk menyediakan makanan untuk majlis meraikan para senior kami.
Adakah dengan mengambil jurusan ini akan menjadikan anda menjadi seorang chef?
Pelajar boleh memilih salah satu jurusan utama iaitu pengurusan dan servis. Saya memilih mendalami sektor servis kerana ingin terlibat dalam operasi penyediaan makanan dan minuman (F&B).
Selepas saya tamat pengajian nanti, insya-Allah saya akan bergelar pengurus jaminan kualiti (Q & A). Tanggungjawab saya meliputi pengawasan pekerja, persiapan makanan dan sanitasi, perkhidmatan pelanggan dan tugas-tugas lain.
Siapakah idola anda dalam bidang masakan dan kenapa?
Idola saya ialah Dr. Shahrim Karim. Beliau juga pensyarah saya. Dia bukan hanya mengajar bahkan membimbing kami tentang selok-belok bidang masakan. Pengalamannya merantau di seluruh dunia mendalami ilmu masakan membakar semangat saya.
Beliau juga seorang yang kreatif. Saya masih ingat pesanan beliau : ‘Kita perlu membuatkan pelanggan berpuas hati dengan masakan kita dan kita perlu membuatkan pelanggan itu datang lagi’.
Di bawah seliaan Shahrim, kami telah belajar pelbagai jenis masakan. Antaranya ialah masakan Itali, Syria, Lebanon, Turki dan banyak lagi.
Meskipun masih bergelar pelajar, anda sudah pun didedahkan kepada dunia pekerjaan yang sebenar. Apakah pengalaman yang boleh dikongsikan di sebalik tugasan itu?
Alhamdullillah, semuanya berjalan lancar. Lazimnya, kami akan membuat latihan seminggu lebih awal. Jadi, kebanyakan peristiwa yang kami lalui manis-manis saja. Antara yang boleh saya kongsi ialah sewaktu saya menjadi hos Program Memperkenalkan makanan Lebanon dan Syria.
Saya gembira kerana rakyat asal kedua-dua buah negara itu memuji masakan kami. Begitu juga pada majlis memperkenalkan makanan Turki baru-baru ini. Rata-rata yang ditemui berkata, mereka berpuas hati dengan makanan mahupun kepantasan kami melayan mereka.

kurang cemerlang

Alternatif yang kurang cemerlang akademik


BERI perhatian. Chef Mohd. Ghazni (dua dari kiri) menunjukkan cara yang betul untuk membuat kek kepada para pelajar.


SEBAIK mendengar taklimat ringkas daripada guru kursus automotif berkaitan ujian yang bakal dijalankan, beberapa pelajar pantas mencapai peralatan masing-masing lalu menuju ke empat buah kereta yang telah disediakan.
Salah seorang daripadanya bernama Gogulakrishnan Balakrishnan yang berasal dari Ipoh, Perak. Remaja berusia 20 tahun itu kelihatan bersemangat untuk melaksanakan ujian berkaitan memperbaiki sistem penyerap hentakan (absorber) kereta.
Hari itu, Gogulakrishnan diberi peluang membaiki kerosakan absorber bahagian depan kereta Proton Waja 1.6 berwarna perak.
Meskipun tidak mempunyai keputusan akademik yang cemerlang, namun anak bongsu daripada empat adik-beradik itu berjaya menunjukkan kemampuan dalam kerja-kerja berkaitan bidang automotif. Kini, dia merupakan pelajar Sijil Kemahiran Automotif Tahap II di Pusat Latihan Kemahiran Septronic (SSTC).
"Saya seronok mengikuti kursus kemahiran yang ditawarkan di sini. Walaupun saya pernah gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi, peluang belajar di SSTC boleh menjadikan saya individu yang berdikari.
"Tambahan pula, sejak di sekolah saya memang meminati bidang automotif. Justeru, apabila melihat terdapat kursus kemahiran automotif turut ditawarkan di pusat ini, saya tidak teragak-agak untuk mengikutinya," kata Gogulakrishnan kepada Kosmo! ketika ditemui di kampus utama SSTC yang terletak di Bukit Beruntung, Selangor.
Menurut Pengarah Urusan SSTC, Abdul Rashid Nopiah, antara objektif utama pusat tersebut diwujudkan adalah untuk membantu dan mendorong pelajar yang lemah dalam akademik agar dapat menguasai kemahiran tertentu sekali gus mampu bersaing di pasaran kerja.
"Sejak ditubuhkan pada tahun 2003, SSTC telah melahirkan 1,200 pelatih yang berkualiti dan berjaya memperoleh pekerjaan dalam bidang kemahiran masing-masing sama ada dalam sektor awam mahu pun swasta," jelas beliau sambil memberitahu pusat tersebut mendapat akreditasi daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia sejak 2 Januari 2003.
Apa yang pasti, SSTC mempunyai visi untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dan latihan dalam kejuruteraan dan hospitaliti. Institusi itu juga berazam melahirkan pelatih yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan falsafah pendidikan kebangsaan.
Terdapat enam kursus kemahiran yang ditawarkan SSTC iaitu automotif, pengetuk panel kenderaan rendah, penyembur cat, elektrikal, pastri dan penyelia makanan atau minuman (pramusaji).
Setiap kursus mempunyai tiga tahap dengan bagi Sijil Kemahiran Tahap I dan II, tempoh pembelajaran mengambil masa selama enam bulan manakala Sijil Kemahiran Tahap III dalam tempoh setahun.
Pengetua SSTC, Sugunadevi Arjunan, 48, berkata, pengambilan pelajar bagi mengikuti kursus yang ada dilakukan sebanyak empat kali setahun.
Uniknya, mereka bukan sekadar menyasarkan pelajar dalam kalangan remaja lepasan sekolah untuk mengikuti kursus tersebut, bahkan golongan ibu tunggal atau individu menganggur yang mahu mempelajari kemahiran yang diminati juga amat dialu-alukan.
"Dalam aspek ini kami bersikap terbuka kerana mahu memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang mahu mengembangkan bakat dan potensi diri untuk masa depan yang gemilang.

PUSAT ini mengalu-alukan ibu tunggal atau individu menganggur untuk mempelajari kemahiran yang diminati di sini.


"Malah, SSTC boleh dianggap sebagai alternatif utama bagi mereka yang lemah atau tidak berminat menyambung pelajaran dalam bidang akademik," ujar Sugunadevi yang memainkan peranan penting dalam mengasaskan penubuhan SSTC sebagai respons terhadap kekurangan profesional teknikal terlatih dalam industri vokasional.
Sejarah penubuhan
Pada mulanya Septronic hanya menawarkan kursus Mekanik Kenderaan Motor pada tahun 2003 di Selayang, Selangor dengan 13 pelajar perintis.
Dua tahun kemudian, lokasi pusat tersebut berpindah ke Jalan Ipoh di Kuala Lumpur apabila satu lagi kursus tambahan iaitu elektrikal diwujudkan.
Di samping itu, apabila menyedari industri pelancongan Malaysia semakin berkembang dan permintaan terhadap kakitangan dalam penyediaan makanan dan minuman (F&B) dan kursus pastri meningkat, Sugunadevi terus mengambil langkah proaktif memulakan kursus-kursus berkaitan.
Keadaan itu mendorong beliau untuk mencari lokasi yang lebih sesuai di Sentul Raya bagi menyediakan pembelajaran yang kondusif buat pelajar yang mengikuti kursus kemahiran di bawah kelolaan SSTC.
"Tahun lalu, SSTC berpeluang menjalin kerjasama dengan syarikat dari Amerika Syarikat, ICAR International untuk menjalan kursus pengetuk panel dan penyembur cat yang secara tidak langsung meluaskan lagi skop pembelajaran kemahiran di sini," katanya yang berhasrat menjadikan SSTC sebagai pusat sehenti bagi kursus-kursus kemahiran.
Kampus utama SSTC di Bukit Beruntung ini baru sahaja beroperasi sejak dua bulan lalu. Ia mempunyai pelbagai kemudahan seperti kolam renang, gelanggang badminton, futsal, sepak takraw, perpustakaan, surau dan kafe.
Mereka yang berminat mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan di SSTC turut diberi kemudahan penginapan di apartmen yang terdapat di kampus tersebut.
Tenaga pengajar pula terdiri daripada golongan profesional yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing. Antaranya seperti guru dari Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST) dan mereka yang terlibat dalam industri berkaitan.
Untuk maklumat lanjut mengenai SSTC layari laman web www.septronic.edu.my atau hubungi talian 03-4045 2468.

jean sendat

Jean sendat paras buku lali


BUTIK Levi's menyediakan pakar terlatih yang akan membantu wanita memilih seluar jean yang ideal.


TAMPIL ceria bersama seluar Ankle Skinny rona coklat yang dipadankan dengan sepatu nuansa merah. Mengambil mood musim bunga yang sarat dengan elemen ceria dan berwarna-warni, jenama denim antarabangsa Levi’s, memperkenalkan koleksi terbaharu Curve ID khas buat golongan wanita yang gemarkan gaya seksi dan kasual.
Sejak Levi’s Curve ID dilancarkan di pasaran Malaysia pada tiga tahun lalu, sambutan terhadap koleksi jean berkenaan cukup mengalakkan.
Levi’s ID berbeza jika dibandingkan dengan seluar jean yang sedia ada di pasaran. Ia dihasilkan menggunakan sistem khas padanan revolusioner yang diukur mengikut ukuran dan bentuk pinggul serta punggung badan si pemakai bukan ukuran saiz pinggang semata-mata.
Menurut kajian global yang dijalankan oleh Levi Strauss & Co., seluar jean menduduki tempat ketiga dalam senarai pakaian yang digeruni kelompok wanita, selain baju mandi dan coli.

WARNA merah jambu lembut antara koleksi Levi's Curve ID Ankle Skinny sempena musim bunga 2012.


“Bagi kami Levi’s Curve ID, adalah seluar jean yang sebenar kerana ia direka mengikut bentuk badan wanita meskipun mereka bersaiz 24 ataupun 29,” jelas Pengarah Komersial untuk Levi Strausss Malaysia, Anitha Narayanan mengenai keistimewaan seluar Levi’s Curve ID.
Bersempena dengan kempen musim bunga 2012, Levi’s Curve ID tampil dengan koleksi Ankle Skinny iaitu seluar jean potongan sendat paras buku lali. Selain warna biru gelap, koleksi itu turut hadir dalam warna merah jambu, coklat lembut dan biru laut.
Menariknya mengenai seluar jean Ankle Skinny, wanita bebas untuk suai padankannya bersama kemeja atau blaus potongan longgar polos atau bercetak. Ini termasuklah menyerlahkan keunikan potongan seluar dengan padanan baju-T.
Jika ingin kelihatan ceria, sarungkan sepatu warna terang atau bercorak fauna, polka dot mahupun jalur.

TAMPIL ceria bersama seluar Ankle Skinny rona coklat yang dipadankan dengan sepatu nuansa merah.


Dari aspek potongan dan lengkungan pula, koleksi Levi’s Curve ID, Ankle Skinny dihasilkan dalam beberapa kategori utama. Ia terdiri daripada jenis iaitu:
Slight Curve
Ia direka untuk potongan badan yang lurus bagi menonjolkan pinggang wanita dan menyerlahkan lentik tubuh. Seluar ini ideal digayakan oleh wanita yang selalu berhadapan dengan masalah seluar jean yang selesa di bahagian pinggul dan paha tetapi terlalu ketat di bahagian pinggang.
Demi Curve
Demi Curve pula direka untuk mengecilkan pinggang wanita dan mencantikkan bentuk tubuh. Ia antara pilihan yang tepat buat wanita yang ingin tampak ramping di bahagian pinggang, pinggul dan punggung.
Bold Curve
Bold Curve direka untuk mengecilkan ping

kulit mulus

Rejim tradisional rahsia kulit mulus



SEBELUM ini penyanyi British Adele atau nama sebenarnya, Adele Laurie Blue Adkins, tidak pernah mengendahkan sebarang kritikan dan ejekan tentang bentuk fizikalnya. Jelas penyanyi berusia 23 tahun itu dia menyanyi untuk memuaskan halwa telinga peminat bukan untuk pandangan mata.
Dia turut mengakui bahawa dia tidak suka bersenam dan menikmati apa jua makanan kegemaran tanpa sebarang sekatan. Namun, kini segala-galanya berubah.
Selepas ditegur oleh Ketua Pereka Fesyen dan Pengarah Kreatif Chanel, Karl Lagerfeld, Adele mula mengamalkan cara hidup sihat. Selain menggunakan khidmat jurulatih untuk senaman dua kali seminggu, Adele turut memutuskan untuk berhenti merokok.
Itulah penangan kritikan pedas Karl, 78, menerusi kolum akhbar Metro Paris. Pereka kelahiran Jerman itu telah mengkritik tubuh badan Adele, yang gempal, namun memuji kehebatan vokal penyanyi berkenaan.
Terbaharu, nama Karl kembali menjadi sebutan dalam kalangan wanita Barat gara-gara memuji kecantikan wajah dan fizikal wanita Jepun ketika dia berkunjung ke negara itu pada pertengahan bulan Mac lalu.
"Jepun antara negara Asia yang mempunyai kelompok wanita yang berkulit halus, cerah dan tampak muda. Mereka bijak menjaga kecantikan kulit dengan menggabungkan rawatan moden dan tradisional. Saya turut melihat wanita di sana memiliki tubuh badan yang langsing dan sentiasa berpenampilan menawan.
"Namun bentuk badan sesetengah wanita Jepun hari ini sedikit berbeza jika dibanding pada sedekad lalu. Mereka semakin berisi, tetapi masih berusaha mengekalkan bentuk badan ideal. Rupa-rupanya selera pemakanan mereka berubah apabila mula menyukai manisan Barat seperti aiskrim, kek dan pastri," jelas Karl yang berkunjung ke Jepun sempena pelancaran buku fotografi dan koleksi fesyen Little Black Jacket jenama Chanel.
Prinsip Devon Aoki
Dalam pada itu pelakon dan model ternama, Devon Aoki, 30, berkongsi rejim kecantikan yang lazimnya diamalkan oleh kebanyakan wanita Jepun. Memiliki separuh darah Amerika sebelah ibunya Pamela Hilburger, ia bukan alasan bagi Devon untuk melupakan amalan kecantikan masyarakat Jepun di sebelah bapanya, Hiroaki Aoki.
Dibesarkan dan mencipta populariti di Eropah dan New York, Amerika Syarikat (AS), bagaikan tidak mempengaruhi Devon untuk meniru diet wanita Barat.
Model setinggi 165 sentimeter itu menyifatkan kebanyakan makanan di sana berkalori tinggi dan berlemak.
Atas faktor itu Devon yang pernah membintangi filem 2 Fast 2 Furious, mengamalkan sayur-sayuran dan sajian kurang garam dan rendah lemak. Setiap hari wanita yang memiliki sepasang mata warna coklat itu mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini termasuklah makanan berserat untuk melancarkan sistem pencernaan.
Wanita Jepun percaya vitamin C yang terkandung dalam buah-buahan membantu mencerahkan kulit wajah.

YURI EBIHARA salah seorang model terkenal Jepun yang bijak menjaga kecantikan diri.


"Buah dan sayur-sayuran membuatkan perut saya sentiasa kenyang serta meningkatkan stamina badan. Diet ini bukan saja membolehkan kita mendapatkan bentuk badan ideal malah terasa segar sepanjang masa.
"Hakikatnya setiap individu bebas menikmati apa jua makanan tanpa dipengaruhi sesiapa. Asalkan bijak mengawal jumlah kalori supaya tidak memudaratkan badan kelak," terang Devon yang turut menyatakan sistem pemakanan wanita perlu bergantung pada usia dan tahap aktiviti harian.
Obses bertubuh langsing
Dalam pada itu, menurut pengarang buku Japanese Women Don't Get Old or Fat: Secrets of My Mother's Tokyo Kitchen, Naomi Moriyama secara purata pengambilan kalori sehari wanita Jepun biasanya 25 peratus lebih rendah daripada wanita negara lain.
Situasi ini dikatakan antara penyumbang utama yang membuatkan masyarakat Jepun hidup lebih lama, sihat dan ceria.
"Biasanya pengambilan kalori wanita Jepun sekitar 2,700 sehari, manakala masyarakat AS sehingga 3,700 sehari. Wanita Jepun sentiasa berpendapat daripada menikmati burger daging lebih baik mereka mengisi perut dengan sup yang dimasak bersama dashi.
"Dashi ialah sejenis perasa bebas kalori yang sering diletakkan dalam masakan. Ini bermakna individu dapat mengurangkan penggunaan gula dan garam. Selain itu, wanita Jepun menggemari sup miso yang diperbuat daripada kacang soya. Ia baik untuk sistem pencernaan kerana kaya dengan probiotik," jelas Morami yang turut menyatakan kacang hijau dan rumpai laut seperti kombu, nori dan wakame adalah sebahagian daripada diet masyarakat Jepun.
Bukan itu saja, majoriti wanita Jepun tidak menggemari kopi sebaliknya memilih teh hijau. Mereka menyifatkan teh tersebut baik untuk kesihatan badan dan kecantikan wajah. Ia bukan sekadar membantu mengurangkan paras kolesterol, malah mengatasi masalah jantung, pereputan gigi dan melawan radikal bebas supaya kulit wajah kekal muda dan berseri.
Rejim penjagaan wajah
Sementara itu penulis majalah Marie Claire, Ning Chao, dalam laporan khasnya mengenai kecantikan ekstrem wanita Jepun menyatakan wanita di sana sememangnya obses pada kecantikan.
Biar sibuk dengan pelbagai tugasan dan aktiviti harian sekali pun mereka akan memastikan sebelum tidur wajah perlu dicuci dengan sempurna. Langkah tersebut bertujuan menanggalkan minyak dan kotoran yang boleh menyebabkan pori-pori tersumbat dan masalah jerawat.

DEVON AOKI menolak diet Barat kerana menyifatkan ia terlalu berlemak.


Setiap tiga kali seminggu, wanita Jepun turut melakukan proses pengelupasan kulit wajah bagi menghilangkan sel-sel kulit mati. Tidak ketinggalan mengamalkan teknik memakai topeng yang membantu menyerlahkan kulit wajah agar tampak berseri dan tidak kusam.
"Selain itu, mereka juga menggunakan wakame iaitu sejenis alga laut di perairan Jepun untuk merawat kulit bermasalah. Alga ini bagus untuk melindungi kulit daripada sinaran cahaya matahari yang menyebabkan masalah pigmentasi dan kulit kering.
"Ekstrak wakame yang dikenali phytessence wakame, selalu digunakan untuk menghasilkan produk kecantikan. Ia kaya dengan mineral seperti sodium, iron, potassium dan kalsium.
"Malah, kandungan kalsium dalam wakame adalah 15 kali ganda lebih tinggi daripada susu," kata Ning yang mendedahkan salah satu rahsia kecantikan kulit wajah wanita Jepun yang mulus dan gebu.
Sementara itu, sekiranya tidak berkesempatan melakukan teknik rawatan secara tradisional golongan wanita Jepun akan menggunakan produk jenama tempatan seperti Shu Uemura, Shiseido, Kanebo ataupun SK-II.
Menariknya, rangkaian produk Jepun turut dihasilkan dengan menggunakan ramuan semula jadi seperti beras dan rumpai laut.