Friday, April 13, 2012

bi di ipt

Bahasa Inggeris pilihan majikan

Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaizarusmin@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MODEN...banyak bahan bacaan bahasa Inggeris  boleh diperoleh melalui Internet.
MODEN...banyak bahan bacaan bahasa Inggeris boleh diperoleh melalui Internet.
IRONINYA kita sudah lama terdedah dengan penggunaan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian namun entah di mana silapnya hingga kini, isu itu masih menjadi topik diperdebatkan masyarakat.
Apatah lagi mengaitkannya dengan kegagalan dan kelemahan sebahagian besar graduan berkomunikasi dengan baik menjadikan isu berkenaan sensitif terutama bagi pihak yang menjana bidang pendidikan.
   
  • Foto CUBA...belajarlah memperbaiki komunikasi dengan rakan.
  • Foto MENARIK...gunakan kaedah menarik bagi membuka minat generasi muda terhadap bahasa Inggeris.
  • Foto DATANG...sebagai usaha memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan masyarakat, guru dari negara Eropah dijemput sebagai landasan perkongsian ilmu.
  • Foto LENGKAP...mahasiswa perlu menjadikan perpustakaan sebagai tempat memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris melalui pelbagai buku rujukan disediakan.
  • Foto SOKONGAN...gunakan waktu santai bersama keluarga untuk membaca akhbar berbahasa Inggeris bagi memperbaiki tatabahasa.
  • Foto BERANI...ketepikan sikap malu tidak bertempat untuk memperbaiki kelemahan berkomunikasi.
Kita pastinya tertanya-tanya apakah faktor utama bahasa Inggeris sukar ‘menawan’ lidah masyarakat biarpun pelbagai usaha dilakukan untuk memperkasakan bahasa itu?

Koordinator program Pembelajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Madya Dr Ainol Madziah Zubairi, berkata apa jua kepincangan hanya boleh diatasi jika ada keingi�nan mengubah sikap malu tidak bertempat yang selama ini menjadi pegangan pelajar.


Sikap itu bukan saja bakal mengekang pencapaian malah menjadikan mereka berada dalam zon selesa yang merugikan.

“Sebab itu, sebarang tindakan atau pelaksanaan seperti menuang air ke daun keladi.

“Selain tiada keberanian untuk melakukan anjakan pemikiran lebih positif, mereka lebih selesa dikuasai tanggapan ‘bahasa Inggeris saya tidak bagus’.

“Selagi ada pemikiran seperti itu, mereka tidak akan berjaya biarpun disajikan dengan modul terbaik dunia, “ katanya.

Isu penguasaan bahasa Inggeris lemah masih kritikal jalan penyelesaiannya terutama mahasiswa Melayu di peringkat pengajian tinggi.

Apatah lagi di tengah kekalutan industri pekerjaan global yang mengkehendaki setiap calonnya pandai berbahasa Inggeris menjadikan kepincangan itu cukup ketara dan memerlukan penyelesaian segera.

Berdasarkan kajian, setiap majikan meletak keupayaan dan kemahiran berbahasa Inggeris sebagai syarat utama calon yang ditemuduga.

“Ini menunjukkan betapa penting dan berkuasanya bahasa ini kepada majikan berbanding syarat kelayakan lain.

“Justeru, jangan ambil mudah dan ketepikan sikap malu tidak bertempat yang langsung tidak membawa apa-apa manfaat,” katanya.

Beliau berkata, sikap malu tidak bertempat itu sentiasa menjadi pegangan pelajar kerana masyarakat juga pada masa sama turut menyum�bang dengan pelbagai kritikan.

“Kritikan itu pula sangat berkuasa mempengaruhi dan melekat dalam pemikiran pelajar. Contohnya, seseorang yang cuba bertutur dikatakan seperti mahu berlagak.

“Ini menjadikan hasrat belajar terbantut kerana mereka tidak mahu dimalu�kan. Hakikatnya, masyarakat juga tidak terlalu terbuka untuk memberikan sokongan,” katanya mengakui komplikasi penguasaan bahasa Inggeris yang lemah boleh menjejaskan kredibiliti individu.

“Saya percaya, jauh di sudut hati pelajar ingin belajar dan fasih bahasa ini, malangnya hasrat itu dicantas sekelip mata mereka tidak bertanggungjawab.

“Mereka menjadikan kelemahan itu sebagai modal utama mentertawakan orang lain yang ingin belajar. Apabila kredibiliti individu diperlekehkan, hasrat sedia ada pastinya malap,” katanya.

Ditanya bila waktu terbaik belajar menguasai bahasa ini, beliau berkata kefasihan menguasai bahasa itu tidak boleh terjadi sekelip mata.

Malah, katanya proses pe�nguasaan bahasa Inggeris yang baik memerlukan kerajinan membaca, berkomunikasi serta berinteraksi dengan persekitaran.

Bagaimanapun, akuinya, tempoh terbaik melatih diri ialah sewaktu berusia dua hingga enam tahun kerana pada usia ini keupayaan minda untuk menyerap pelbagai maklumat sangat tinggi.

“Untuk belajar, tiada had masa atau usaha ditetapkan. Semuanya atas diri sendiri biarpun proses pembelajaran yang baik bermula sejak kecil.

“Bagaimanapun jangan jadikan itu alasan enggan belajar. Lebih baik lewat daripada langsung tiada inisiatif untuk mengubah diri,” katanya menyarankan pelajar agar menjadikan kamus sebagai teman setia.

“Penggunaan kamus diakui membantu memantapkan penguasaan tatabahasa dan cara paling berkesan memperbanyakkan perbendaharaan kata.

“Ketepikan juga rasa malu dengan melakukan perbualan bersama rakan. Tidak mengapa jika penggunaan tatabahasa digunakan lintang pukang kerana itu sebahagian proses pembelajaran.

“Malah jangan terkejut, mereka yang boleh berbahasa Inggeris tidak semestinya menggunakan tatabahasa betul cuma mereka kelihatan yakin menjadikan seolah-olah fasih,” katanya.

Untuk memperkasakan bahasa Inggeris, masyarakat dan pelajar perlu mengubah stigma selain menganggap bahasa itu hanya untuk golongan tertentu.

“Sekarang bukan masanya lagi untuk memenuhkan minda dengan pelbagai andaian sebaliknya berpijak pada bumi nyata. Terimalah hakikat bahawa keperluan bahasa Inggeris mencakupi global.

“Selagi minda yang jumud itu tidak berubah, sampai bila - bila halangan untuk memperkasakan bahasa itu akan berterusan,” katanya.

No comments:

Post a Comment