PERINGKAT SATU
NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau
minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air maniMaksud firman Allah dala surah al-Insan : 2
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "
Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
A- Sperma B-Sperma menembusi ovum
PERINGKAT KEDUA
ALAQAH
: Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari
ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan
tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah
nutfah menjadi alaqah.Firman Allah yang bermaksud
" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"
al-Mukminun : 14Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
- sesuatu yang bergantung atau melekat
- pacat atau lintah
- suatu buku atau ketulan darah
Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam rahim.
PERINGKAT KETIGA
MUDGHAH
: Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan
mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj
ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14Firman Allah yang bermaksud
"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
al-Mukminun : 14
PERINGKAT KEEMPAT
IZAM DAN LAHM : Pada
peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat
pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang
belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.Firman Allah yang bermaksud :
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"
al-Mukminun : 14
Janin pada usia 12 minggu
PERINGKAT KELIMA
NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada
peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi
berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk
ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk
dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat,
pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi
dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah
wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada
ukuran bayi sahaja.
Janin mendapat makanan melalui uri
PERINGKAT KE ENAM
NAFKHUR-RUH
: Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah
roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya
sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan
selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai
kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di
alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal
semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t
melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam
al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling
bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi
Allah s.w.t
No comments:
Post a Comment