Saturday, April 14, 2012

greek

Pengaruh dewi Greek


DRES koktel rona merah ini menampilkan teknik lipatan berbentuk bunga ros di bahagian pinggang.


PADA tahun lalu, filem Immortals yang memaparkan kisah dewa-dewi purba Greek berjaya mengungguli carta mingguan box office Amerika Utara dengan jualan tiket sebanyak AS$32 juta (RM96 juta). Filem epik arahan Tarsem Singh tersebut menggunakan khidmat pelakon popular seperti Henry Cavill, Freida Pinto dan Mickey Rourke.
Keindahan filem epik berkenaan bukan saja terletak pada plot cerita yang bagus malah ia turut dibantu dengan set zaman purba dan kostum tradisional rakyat Greek yang cantik serta segak.
Justeru dek terpikat dengan paparan seni pakaian dan semangat juang dalam kalangan masyarakat Greek, pereka fesyen tempatan Eric Choong cuba menterjemah kedua-dua elemen tersebut pada koleksi fesyen gaun terbaharunya.
"Filem Immortals adalah antara filem terbaik yang memaparkan mitologi dan budaya orang Greek sebenar. Apatah lagi filem ini dibintangi para pelakon yang segak dan jelita sehingga jalan cerita tampak begitu sempurna sepanjang ia ditayangkan.
"Maka daripada situ timbulnya idea untuk mereka gaun yang menyelitkan sentuhan Greek terutamanya potongan serong di bahagian bahu.
"Bagi saya, konsep rekaan sebegini jelas menunjukkan signatur dan pengaruh Greek," jelas Eric yang turut terpesona dengan filem Clash Of The Titans yang mengangkat latar budaya masyarakat yang sama.
Personaliti
Tambah Eric, koleksi gaun berkenaan dianggap istimewa kerana setiap helaian pakaian mempunyai personaliti unik dan menarik. Selain itu, Eric yang pernah menuntut dalam jurusan fesyen di Hong Kong, cuba menampilkan rekaan dres yang menyuntik penampilan feminin dan berani.
Menyentuh mengenai pemilihan fabrik, Eric menghasilkan rekaannya dengan menggunakan sutera sifon dan tafeta kerana ia membantu menyerlah siluet tubuh badan yang ideal.
"Saya mempraktikkan teknik potongan bahu yang menyerong, teknik lipatan dan beralun. Ini termasuklah memilih konsep ropol, bertindih dan menggabungkan fabrik tambahan seperti renda, organza dan tulle.

POTONGAN serong di bahagian bahu yang diinpirasi daripada gaya dewi Greek.


"Di bahagian pinggang pula dihiasi dengan lilitan tali pinggang teknik jalinan tocang. Ia mengambil inspirasi daripada kalungan buah zaitun yang kerap dipakai oleh golongan dewi di bahagian kepala. Tahukah anda, kalungan di kepala ini adalah simbolik pada kedamaian dan kemakmuran," jelas Eric yang cenderung memilih warna merah sebagai palet warna utama.
Terang Eric, nuansa merah melambangkan semangat keberanian, pengorbanan dan kesetiaan yang sentiasa tersemat dalam diri para dewi Greek. Enggan membiarkan koleksi gaunnya tampak polos, perincian kristal Swarovski menjadi pilihan.
"Sebagai penghormatan kepada keindahan dan kekuatan dewi saya turut menamakan setiap helaian gaun dengan beberapa nama indah seperti Aphrodite, Athena, Demeter, Hera dan Nike," tambah Eric.

1 comment:

  1. Hello, Saya Puan Heather Putih, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
    (heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.

    ReplyDelete