Nyaris maut digigit kera duku
11 Jun 2013
Akibat gigitan binatang yang jarang ditemui itu, Ramli yang juga Pengerusi PBS Bandar Ketengah Jaya mengalami muntah-muntah dan darah hitam keluar daripada ibu jari kanan tempat gigitan.
Ramli berkata, kera duku itu ditangkapnya ketika sedang melakukan rondaan dan meninjau penduduk memasang bendera serta poster pilihan raya di pos Felda Kerteh 4, kira-kira jam 11 malam pada 23 April lalu.
“Kera duku waktu itu sedang berjalan atas wayar elektrik di depan pos. Berikutan khuatir haiwan berkenaan serang manusia, saya dan penduduk mengepungnya dan ia jatuh ke tanah.
“Melihat kepada saiznya yang kecil dan menyangka ia tidak berbisa, saya pegang kepalanya dari belakang sebelum kepalanya memusing dan menggigit ibu jari saya,” katanya semasa diziarahi Sinar Harian di Kampung Rahmat, dekat sini, semalam.
Berikutan mengalami simptom muntah-muntah dan keluar darah hitam daripada ibu jari, Ramli ditahan di wad Hospital Dungun selama lapan hari.
Kata Ramli, apa yang terjadi kepada dirinya itu menunjukkan kera duku yang mempunyai dua gigi taring dan berwajah comel itu lebih berbisa berbanding ular serta harus dijauhi.
“Saya tak sangka kera duku berbisa dan menggigit orang kerana ini kali pertama saya menangkapnya. Jadi saya nasihatkan kepada orang ramai yang menjumpai haiwan ini supaya tidak mendekatinya bagi mengelakkan ditimpa kecelakaan.
“Haiwan unik ini akan saya serahkan kepada Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman," katanya.
No comments:
Post a Comment