Pesakit angin ahmar tertekan akibat kecuaian bank
JOHOR BAHRU - Seorang pesakit angin ahmar mendakwa pihak bank telah cuai memastikan rumah yang dibeli di Taman Universiti di sini pada 2001 dilindungi insurans menyebabkan dia kini menghadapi tekanan hidup kerana tidak lagi boleh bekerja seperti biasa.
Mohd. Kamarul Kumarasamy Abdullah, 49, berkata, dia hanya mengetahui rumah yang dibeli pada harga RM202,000 itu tidak dilindungi insurans apabila membuat pemeriksaan di bank terbabit pada 2011.
Menurut Mohd. Kamarul, dia kini sepatutnya layak untuk dikecualikan bayaran ansuran RM838 sebulan selepas doktor mengesahkan dia mengalami kecacatan kekal akibat serangan angin ahmar pada 2010 selain terpaksa melakukan dialisis tiga kali seminggu.
Katanya, selepas memeriksa dengan pihak bank, dia terkejut apabila diberitahu rumah terbabit tidak diinsuranskan sedangkan hampir RM3,000 telah dibayar secara tunai untuk Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan (MRTA) ketika pembelian dilakukan.
No comments:
Post a Comment