Menyelongkar misteri surah Yasin
Oleh : Abu Numair Nawawi Subandi
Tarikh : December 24, 2011
Sebahagian umat Islam di negara kita hari ini apabila membaca al-Quran, kebiasaannya mereka akan lebih sinonim, kenal dan rapat dengan surah Yasin berbanding surah-surah yang lainnya. Sehingga ada hari-hari khusus bagi membaca dan mengamalkan surah Yasin ini.
Surah Yasin juga sinonim dengan malam Jumaat, sehingga dengannya diadakan majlis-majlis bacaan berjemaah dari rumah ke rumah dan kenduri makan-makan.
Persoalannya, kenapa tidak surah lain dan hanya surah Yasin? Kenapa tidak surah al-Baqarah, atau Ali ‘Imran, atau al-Mu’minuun, atau ar-Rahman, atau rangkaian surah-surah dalam Juz ‘Amma seperti an-Naba’, al-Fajr, atau al-Ikhlas misalnya?
Selain itu, surah Yasin turut sering dikaitkan dengan pelbagai misteri lainnya. Seperti untuk mencari barang yang hilang, untuk mengiringi orang mati, untuk membuat “air Yasin”, bacaan ketika masuk rumah baru, untuk memudahkan jodoh, untuk mengirimkan pahala kepada orang mati, untuk sambutan majlis-majlis tertentu seperti nisfu Syaaban dan seumpamanya yang selainnya.
Malah surah Yasin turut dibukukan dan diterjemahkan secara berasingan menjadi buku-buku khusus seperti buku bersaiz poket, buku cenderamata, buku zikir dan turut dimasukkan ke dalam pakej tahlilan.
Tidak pernahkah kita terfikir, dari mana datangnya ketetapan bagi surah Yasin seperti ini? Dari al-Quran? Dari sunnah Rasulullah SAW, atau dari amalan para sahabat ridhwanullah ‘alaihim ajma’in?
Anjuran membaca al-Quran
Jika yang dimaksudkan adalah galakan dalam membaca al-Quran, maka di sana terdapat anjuran yang banyak tanpa ditentukan surah mana dan tidak juga dikhususkan dengan hari yang mana. Antaranya sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah (al-Quran), maka baginya satu pahala kebaikan dan satu pahala kebaikan akan dilipat gandakan menjadi 10 kali, aku tidak mengatakan Alif Laam Miim itu satu huruf, akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf, dan Miim satu huruf.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)
Persoalannya, kenapa ramai yang mengkhususkan hanya surah Yasin dan tidak surah yang lain?
Fadilat Yasin
Sebenarnya surah Yasin adalah sama pentingnya sebagaimana surah-surah yang lainnya. Ia mengandungi ayat-ayat ALLAH sebagaimana surah-surah lain. Membacanya termasuk ke dalam keumuman dalil-dalil anjuran membaca al-Quran sebagaimana membaca surah-surah yang lain juga.
Tiada fadilat khusus bagi surah Yasin berbanding surah-surah yang lainnya. Para ulama hadis menjelaskan, hadis-hadis berkaitan fadilat Yasin tidak terlepas, sama ada dhaif (lemah) atau maudhu’ (palsu). Maksudnya, tiada dalil yang sahih menetapkan fadilat surah Yasin secara khusus.
Sebagai contoh, di antara hadis yang popular tentang surah Yasin ini ialah hadis Qalbul Quran (jantung atau hati al-Quran). Riwayat hadis tersebut adalah sebagaimana berikut, “Sesungguhnya setiap sesuatu itu memiliki hati dan hati bagi al-Quran itu adalah Yasin. Sesiapa yang membacanya maka ALLAH akan memberi pahala bagi bacaannya itu seperti pahala membaca al-Quran sepuluh kali.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi dan ad-Darimi.
Setelah Imam at-Tirmidzi rahimahullah (Wafat: 279H) membawakan hadis ini, beliau pun berkata, “Hadis ini gharib (asing, tidak dikenali). Pada sanadnya terdapat Harun Abi Muhammad, beliau seorang yang majhul (tidak dikenali). Juga diriwayatkan oleh ad-Darimi, dan pada sanadnya dhaif.” (Sunan at-Tirmidzi, 10/121)
Kalaupun sahih hadis ini, maka ia tetap bukan dalil untuk mengkhususkan surah Yasin dengan pengkhususan-pengkhususan tertentu seperti bacaan khas malam Jumaat, untuk menjampi air dan sebagainya.
Bukan untuk orang mati
Surah Yasin juga sering dikaitkan dengan kematian. Dalam perkara ini terdapat beberapa hadis dan ia tidak lepas daripada kelemahan atau kepalsuan (maudhu’). Di antara hadisnya adalah sebagaimana yang datang dari jalan (sanad) Sulaiman at-Taimi, daripada Abu ‘Utsman, daripada ayahnya, daripada Ma’qil bin Yasar, beliau mengatakan, Rasulullah SAW bersabda:
“Bacakanlah ke atas mereka yang mati surah Yasin.” Atau, “Bacakanlah Yasin ke atas mereka yang mati.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasaa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, dan al-Hakim. Lihat: Talkhis al-Habir oleh al-Hafiz Ibnu Hajar, 2/244)
Hadis ini lemah (dhaif) antaranya kerana pada sanadnya terdapat perawi bernama Abu ‘Utsman dan ayahnya yang merupakan seorang majhul (tidak dikenali). Hadis ini juga dikategorikan sebagai hadis mudhtharib, iaitu tidak kukuh sanadnya.
Di antara ulama hadis yang menegaskan kelemahan hadis ini ialah Imam ad-Daruquthni (Wafat: 285H), Abu Bakar Ibnul ‘Arabi (Wafat: 543H), an-Nawawi (Wafat: 676H), Ibnul Qaththan (Wafat: 813H), al-Hafiz Ibnu Hajar (Wafat: 852H), al-Albani dan ramai lagi selainnya. (lihat: Talkhis al-Habir, 2/244. al-Adzkar, m/s. 122. Silsilah al-Ahadits adh-Dha’ifah wal-Maudhu’ah, 12/783)
Imam ad-Daruquthni rahimahullah mengatakan, “Tiada satu hadis pun yang sahih dalam bab ini.” Iaitu tiada hadis yang menganjurkan membaca Yasin kepada orang mati.
Begitu juga dengan hadis, “... Surah Yasin adalah qalbul Quran (jantung atau hati al-Quran), tidaklah seseorang yang membacanya kerana mengharap keredhaan ALLAH dan negeri akhirat (syurga), melainkan akan diampunkan dosanya. Dengan itu, bacakanlah ia kepada orang yang akan mati di antara kamu.” (Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nasaa’i. Dinilai lemah oleh ad-Daruquthni, al-Haitsami, al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth)
Al-Quran untuk yang hidup
Masyarakat Melayu terkenal membacakan Surah Yasin untuk orang mati atau yang sedang nazak menghadapi sakaratul maut. Tetapi ironinya, selama kita membaca atau menghafal surah Yasin, pernahkah kita memahami dan menghayati apa yang terkandung dalam ayat-ayatnya? Bukankah dalam surah Yasin terdapat ayat:
“Al-Quran itu tidak lain adalah peringatan dan kitab yang memberi penjelasan. Supaya ia menjadi peringatan untuk orang-orang yang hidup dan sebagai perkataan yang haq ke atas orang-orang kafir.” (Surah Yasin, 36: 69-70)
Kata al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H), “Maksudnya supaya peringatan al-Quran ini menjadi bukti yang nyata bagi setiap yang hidup di atas muka bumi ini.” Beliau juga mengatakan, “Orang yang dapat mengambil manfaat peringatan daripada al-Quran adalah orang-orang yang hidup hatinya dan yang terang pandangannya. Sebagaimana kata Qotadah, “Hati yang hidup adalah dengan hidupnya pandangan.” Juga sebagaimana kata adh-Dhahhak, “Iaitu orang yang berakal.” (Tafsir Ibnu Katsir, 6/592)
Ini menegaskan bahawa al-Quran ini adalah untuk orang-orang yang hidup, iaitu untuk orang-orang beriman dan mereka yang mahu mengambil pelajaran. Bukan untuk orang telah mati. Termasuklah surah Yasin, ia pelajaran untuk orang yang hidup.
Sekiranya setiap surah atau ayat-ayat al-Quran tertentu itu mahu dikhususkan dengan kelebihan-kelebihan khusus, maka kita perlu mengkhususkannya berdasarkan dalil dan petunjuk Rasulullah SAW. Kita tidak boleh menetapkan atau mengkhususkannya dengan akal, sangkaan, atau hawa nafsu. Agama kita ini tidak sampai kepada kita secara misteri, sebaliknya datang dengan hujah dan dalil yang jelas.
Walaupun surah Yasin ini tiada dalil sahih tentang fadilatnya secara khusus, ini bukan bermakna ia tidak boleh dibaca pada hari Jumaat dan hari-hari lainnya. Surah Yasin tetap dibaca sebagaimana surah-surah yang lain, cuma tidaklah perlu dikhususkan pada hari-hari tertentu atau dengan kaedah-kaedah khusus tertentu.
Adapun bacaan surah secara khusus pada hari Jumaat yang padanya disebutkan kelebihannya dari sunnah adalah Surah al-Kahfi, namun ia sering dilupakan masyarakat kita. Ini sebagaimana Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, ALLAH akan meneranginya daripada cahaya di antara dua Jumaat.” (Hadis Riwayat an-Nasaa’i dan al-Baihaqi. Dinilai sahih oleh al-Albani) - Wallahualam.
http://an-nawawi.blogspot.com
Wednesday, December 28, 2011
Friday, December 23, 2011
jika penjenayah diblelakang anda semasa di atm
Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.
Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut.
Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini. Sebarkan…

Thursday, December 22, 2011
kem mengaji
Kuasai al-Quran dalam 14 hari
Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD
Gambar ABDUL RAZAK LATIF
Gambar ABDUL RAZAK LATIF
SETELAH hampir 11 bulan menahan penat dan lelah berulang alik ke sekolah serta bertungkus lumus 'mengadap' buku untuk menghadapi peperiksaan, cuti sekolah merupakan saat yang pastinya paling ditunggu-tunggu para pelajar.
Musim cuti merupakan tempoh yang paling sesuai untuk melepaskan segala keletihan dan tekanan yang telah dilalui di sekolah.
Sehinggakan, terdapat segelintir pelajar yang sentiasa menghitung hari dan mengeluh apabila melihat sesi persekolahan baru semakin hampir.
Namun, bagaimana pula golongan tersebut menggunakan tempoh cuti yang panjang itu?
Adakah dipenuhi dengan aktiviti yang bermanfaat atau sebaliknya?
Adakah sekadar bermain bersama rakan-rakan, menghabiskan masa dengan berkurung dalam bilik bermain komputer dan permainan video ataupun sekadar mengisi masa dengan tidur sepanjang hari?
Apa yang dibimbangi, masa yang terluang itu digunakan dengan melakukan aktiviti tidak berfaedah seperti bergaul bersama kumpulan yang tidak bermoral, terpengaruh dengan jenayah siber yang boleh mengakibatkan kesan negatif.
Tetapi sebenarnya bagaimana si anak menghabiskan masa cuti mereka terletak di tangan ibu bapa sendiri.
Ibu bapa memainkan peranan penting sebagai acuan yang mencorakkan masa depan anak-anak mereka, sama ada ke arah yang baik atau sebaliknya.
Oleh itu, masa yang terluang itu perlulah dimanfaatkan oleh ibu bapa dengan sebaiknya bagi membentuk peribadi anak-anak dengan aktiviti yang membina dan bermotivasi.
Pelbagai perancangan boleh direncanakan oleh ibu bapa kepada anak-anak sepanjang cuti sekolah antaranya menghantar anak ke kem cuti sekolah.
Sejak pertengahan tahun 90-an lagi kem musim cuti telah mula bergiat aktif oleh pelbagai organisasi kerajaan mahupun swasta dengan menyediakan pelbagai jenis pendekatan yang sesuai untuk penerimaan individu.
Benarlah seperti yang dikata, hidayah Allah itu ada di mana sahaja dengan apa juga keadaan. Kem cuti sekolah juga ternyata mampu memberikan kesan positif kepada peserta dalam mencorakkan gaya hidup mereka positif.
Penganjur program motivasi, Mohd. Nasir Rustam al-Hafiz berkata, ibu bapa pada masa kini ramai yang terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga terlupa tanggungjawab kepada keluarga dan anak-anak.
Katanya lagi, perkara itu membuatkan anak-anak merasakan mereka kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa sehingga mendorong mereka terjebak dengan aktiviti kurang sihat.
Oleh itu jelasnya, dengan menyertai aktiviti kem musim panas yang dibimbing oleh fasilitator yang berpengalaman, sedikit sebanyak peserta merasakan bahawa mereka sentiasa diawasi dan diambil perhatian.
Secara tidak langsung peserta mudah untuk menerima apa yang dipelajari selepas mendapat kepercayaan daripada fasilitator masing-masing.
Mohd. Nasir yang juga pengetua Tahsin Al-Quran Training Centre itu berkata, pihaknya menggunakan pendekatan ala madrasah.
Kursus selama 14 hari yang dianjurkannya diyakini mampu memberikan perubahan dan sesuatu yang baru kepada peserta.
"Pendekatan yang kita lakukan dalam kursus ini adalah menggunakan kaedah sunnah Rasulullah SAW dalam berdakwah iaitu menjadikan al-Quran sebagai asas panduan dalam menyelesaikan segala masalah.
"Apabila kita menghidupkan suasana kehidupan ala madrasah dengan memfokuskan pengisian program kepada bacaan al-Quran, secara tidak langsung mukjizat yang terdapat dalam setiap ayat al-Quran itu mampu mengubah dan menyelinap masuk ke dalam diri seseorang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program itu di Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, baru-baru ini.
Seramai 130 peserta dari seluruh negara termasuk Singapura menyertai kem tersebut.
Antara pengisian yang diadakan termasuk cabaran aktiviti luar dan permainan sukaneka untuk mempersiapkan peserta dengan kekuatan dari segi mental dan fizikal seperti fying fox, berakit, sukaneka dan sebagainya.
Ujarnya, mengambil risiko menganjurkan kem paling lama yang belum pernah dilakukan penganjur lain. Kursus ala tahfiz menjamin satu pengajaran baru kepada peserta.
"Kami percaya, untuk membentuk peribadi seseorang bukan perkara yang mudah dan memerlukan masa yang agak panjang.
"Oleh itu, kita cuba mengambil risiko menganjurkan kem yang panjang iaitu selama 14 hari untuk memastikan objektif utama kursus tercapai melalui perubahan peserta," kata Mohd. Nasir.
Sunday, December 18, 2011
dosa silam
Trauma dosa silam
2011/09/17
pix_gal0
Saudara baru bimbang dicerai suami kerana lahir anak tak sah taraf
MEMILIKI suami yang baik memang idaman semua wanita. Kalau ditanya apakah ciri-ciri lelaki yang mahu dijadikan suami, ramai wanita inginkan lelaki yang baik, beriman dan tahu tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Kalau suami itu turut memiliki wajah yang kacak, sesetengah wanita itu menganggap ia sebagai bonus.
Bagi Insan Dilema, walaupun bersyukur memiliki suami yang baik, tetapi masih ada keresahan di dalam hati gara-gara kisah silam yang menjadi rahsia hidup.
Berikut catatan Insan Dilema dalam e-melnya kepada Kongsi Rasa: “Saya berumur 24 tahun dan berkahwin dengan lelaki yang saya cintai pada Mei lalu. Saya amat menyayangi suami saya, begitu juga dengannya. Banyak pengorbanan suami bagi mendidik saya menjadi Muslimah yang baik selepas mengenali Islam.
“Sebelum berkahwin, sekitar tiga tahun lalu, saya seorang yang hanyut dalam kehidupan sosial tidak terkawal sehingga terlanjur mengandung anak luar nikah hasil hubungan saya bersama bekas teman lelaki saya selama dua tahun.
“Pada Mei 2009, saya sudah melahirkan anak tak sah taraf, tetapi meninggal dunia ketika dilahirkan. Saya bersalin sendirian di rumah kerana takut diketahui keluarga. Ketika hamil anak itu tiada anggota keluarga menyedari perubahan diri saya. Saya juga tidak merujuk mana-mana hospital selepas bersalin. Saya hanya merawat diri saya sendiri berpandukan buku perubatan yang saya beli dan baca.
“Walaupun tidak berdepan masalah besar, emosi saya begitu terganggu selepas bersalin anak tak sah taraf. Saya begitu menyesal di atas keterlanjuran saya. Saya sedar sudah melakukan kesalahan besar dalam hidup. Dosa berzina dan melahirkan anak tak sah taraf membuatkan saya trauma sehingga kini.
“Saya akhirnya mengambil keputusan berpisah dengan bekas teman lelaki saya untuk menjalani kehidupan baru.
“Setahun selepas hidup bersendirian, saya bertemu dengan suami saya sekarang. Dia banyak mengajar saya mengenai agama Islam dan saya amat bersyukur kerana diberi hidayah dan peluang kedua untuk hidup sebagai seorang Muslim sejati.
“Selepas mendapat bimbingan suami, saya baru sedar betapa indahnya agama Islam yang saya anuti itu.
“Suami saya tahu zaman silam saya yang bebas tetapi dia tidak tahu saya pernah melahirkan anak luar nikah. Saya takut jika saya tidak dapat memberikan zuriat kepada suami.
“Saya juga takut untuk mengandung lagi kerana bimbang rahsia terbongkar. Adakah perlu untuk saya berterus-terang kepada suami saya mengenai kejadian hitam yang saya alami? Saya takut dia tak dapat menerima dan akhirnya perkara ini akan menghancurkan rumah tangga kami, sedangkan saya benar-benar sudah insaf,” katanya menutup bicara.
Kak Ani bersyukur kerana Insan Dilema mendapat peluang kedua membina hidup baru. Memang sukar untuk Kak Ani bayangkan liku-liku perjalanan hidup yang Insan Dilema lalui, tetapi itulah keunikan Islam yang mana .
Tuhan begitu menyayangi setiap insan yang menyedari kesalahan dilakukan dan bersedia untuk bertaubat. Perkenalan Insan Dilema dengan suami sekarang adalah pembuka jalan bagi membetulkan tanggapan Insan Dilema terhadap agama yang baru dianuti, gara-gara perbuatan teman lelaki terdahulu yang tidak kuat pegangan agamanya. Kak Ani minta Insan Dilema lupakan pengalaman pahit daripada ingatan.
Tumpukan sepenuh perhatian kepada kehidupan sekarang bersama suami yang bersedia membimbing Insan Dilema ke jalan yang benar. Sebenarnya seseorang lelaki dapat mengagak sama ada wanita yang dikahwini itu dara atau tidak pada kali pertama dia bersama isterinya.
Seperti yang Insan Dilema jelaskan, suami tahu mengenai kehidupan sosial Insan Dilema sebelum ini, tetapi suami tetap menerima anda sebagai isteri seadanya. Ini bermakna suami menerima setiap kekurangan yang ada pada diri anda.
Insan Dilema tak usah curiga dengan keikhlasan hati suami, yang penting anda patut buat ialah menghargai kasih sayang suami itu dengan menjalankan tanggungjawab ikhlas sebagai isteri salihah.
Ingatlah tanggungjawab besar lelaki untuk mendidik isteri seperti termaktub dalam surah An-Nisaa ayat 34 yang bermaksud:
“Golongan lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap golongan perempuan, oleh kerana Allah SWT sudah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.
Maka perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya. Dan perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”
Selain bimbingan suami, Insan Dilema perlu berusaha meningkatkan ilmu agama dengan menyertai pengajian yang boleh didapati di surau dan masjid dan mencari kawan yang boleh membimbing anda menjadi seorang Muslim yang baik.

sakit
Sakit 'intim'
Jawapan disediakan Dr Suhaimi Isa, Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur.
bminggu@bharian.com.my
2010/10/17
Gambar hiasan
Soalan:
Pemeriksaan di hospital kerajaan sejak 1982 hingga sekarang tiada apa-apa perubahan. Doktor yang memeriksa berkata, rahim isteri perlu dibersihkan dengan memasukkan tangan doktor ke dalam rahim. Tapi kami menolak rawatan ini.
Apa sebenarnya masalah isteri dan apakah kaedah rawatan yang dinyatakan doktor yang memeriksa itu adalah yang terbaik? Sekarang, isteri sudah berusia 56 tahun dan sudah putus haid.
ABDULLAH
Jawapan:
ENCIK Abdullah, masalah isteri anda sudah terlalu lama. Tidak dapat dipastikan sama ada sebarang rawatan sekarang yang dapat membantunya atau tidak.
Pada peringkat awal iaitu selepas melahirkan anak pertama pada 1982, ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan masalah kesakitan sewaktu melakukan hubungan intim.
Selepas bersalin normal, kebanyakan isteri pula mempunyai episiotomy pada vagina mereka. Kadangkala apabila episiotomy ini pulih terjadi urat saraf tersepit dalam parut episiotomi ini.
Ia akan menyebabkan kesakitan pada pintu vagina apabila hubungan kelamin berlaku. Pintu rahim juga terluka apabila jangkitan kuman berlaku. Akibatnya, keputihan berwarna kuning dan kadangkala kemerahan berlaku. Jangkitan pelvis juga berlaku selepas bersalin dan wanita akan mengalami kesakitan pada bahagian ari-ari serta demam.
Hubungan seksual juga menyebabkan rasa sakit. Selain dari itu, penyakit endometriosis juga menyebabkan sakit bila bersama. Punca lain termasuk ovarian cyst atau ovary tersepit kerana parut.
Apabila seseorang wanita menyusukan anak mereka mereka akan mengalami kekeringan pada bahagian vagina kerana kekurangan hormon estrogen. Kulit vagina yang kering juga menyebabkan sakit apabila bersama. Ada faktor psikologi apabila seseorang itu sudah bersalin. Kadangkala nafsu untuk bersama menurun dan tanpa rangsangan yang cukup, menyebabkan lendir pada vagina tidak cukup untuk melicinkan hubungan seksual.
Kalau pada peringkat awal lagi saya akan menasihatkan Encik Abdullah membawa isteri bertemu doktor pakar untuk pemeriksaan bahagian vagina, ultrasound dan mungkin laparaskopi bagi mencari punca yang menyebabkan isteri sakit ketika bersama.
Namun sekarang, isteri sudah menjangkau 56 tahun. Hubungan seksual pada usia ini tidak membawa apa-apa kemudaratan, oleh kerana hormon sudah berkurangan maka hubungan seksual pada waktu ini boleh menyakitkan. Jadi saya menyarankan gunakan krim pelincir atau isteri boleh menggunakan krim estrogen bagi memudahkan hubungan kelamin.
Bagi anda yang memiliki kemusykilan mengenai kesihatan, sila hantarkan soalan kepada Doktor di Berita Minggu melalui e-mel, bminggu@bharian.com.my atau melalui pos di alamat Berita Minggu, Berita Harian Sdn Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100, Bangsar, Kuala Lumpur. Soalan anda akan dijawab Dr Suhaimi Isa, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pantai Ampang.
jangan serah no akaun bank
Jangan serah nombor akaun bank
Oleh ANGELINA SINYANG dan ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 18 Dis. - Orang ramai dinasihatkan supaya jangan mudah memberikan nombor akaun bank kepada individu yang tidak dikenali terutama kenalan melalui Internet bagi mengelak ia disalah gunakan oleh sindiket penipuan yang didalangi oleh warga Afrika.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, warga Afrika yang terlibat dalam jenayah siber akan menggunakan akaun bank milik individu tempatan di negara ini, bagi mengelak mereka dikenali dan dikesan oleh pihak berkuasa.
Beliau berkata, ada pemilik akaun merupakan individu yang dikenali suspek dan secara sukarela bersekongkol dengan kumpulan penjenayah itu, tetapi ada juga langsung tidak menyedari mereka dipergunakan.
"Sebagai contoh, ada lelaki orang kurang upaya (OKU) tempatan yang ditahan bersama sekumpulan sindiket warga Afrika yang memperdayakan seorang guru wanita melalui penipuan cinta siber di Melaka baru-baru ini, langsung tidak tahu akaun banknya telah digunakan untuk kegiatan jenayah.
"Dia terkejut apabila ditahan dan dimaklumkan terlibat dalam sindiket penipuan bersama penjenayah Afrika kerana dia langsung tidak mengenali suspek," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Perdana, di sini baru-baru ini.
Syed Ismail berkata, lelaki terbabit menjadi mangsa kepada kumpulan sindiket berkenaan setelah menyerahkan nombor akaunnya kepada seorang anggota sindiket yang menyamar sebagai wanita dari United Kingdom dan menggodanya melalui laman sosial Facebook.
Beliau berkata, akibat sudah jatuh cinta, mangsa tidak berfikir panjang dan bertanya lanjut apabila diminta memberi nombor akaun kepada rakannya yang tinggal di Puchong di sini.
Dalam pada itu, Syed Ismail turut menasihatkan orang ramai agar jangan percaya apabila ditawarkan hadiah oleh individu yang dikenali melalui Internet dan diminta supaya memasukkan wang ke dalam akaun pihak tertentu tertentu yang kononnya bekerja dengan agensi kerajaan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Saturday, December 17, 2011
sofa baik punya dari blog bersamamazidul
Tidak lengkap rumah tanpa sofa, perabot cantik dan selesa dijadikan tempat duduk penghuni rumah dan tetamu datang bertandang.
Ramai pengguna membeli sofa tetapi tanpa menyedari mengabaikan kualiti sebenar perabot. Mereka hanya menumpukan perhatian kepada material luaran sofa beserta warna perabot terbabit.
"Tahan ke?"
Itu antara soalan seringkali diajukan oleh bakal pembeli kepada peniaga. Jawaban kepada soalan itu mampu dijangka. Masakan peniaga akan berkata ...
"Tidak berapa tahan"
Kurang setahun lalu, saya membeli sofa di kedai perabot ternama di Petaling Jaya, Selangor. Harga sofa terbabit mencecah ribuan ringgit.
Jam 12 tengahari tadi, saya menyingkap fakta sebenar berhubung sofa itu biar pun sudah agak terlewat kerana material luaran sofa terbabit telah rosak.
Untuk rekod, kos memperbaiki sofa kekadang hampir sama berbanding harga asal pembelian perabot itu.
Mari bersama kita teliti jenis kayu digunakan di bahagian bawah perabot itu.
"Ini kayu lembut, chipboard, kalau kena air, mesti kembang," kata M.P Chai, 41 tahun.
Peniaga kelahiran Malim Nawar, Perak itu lebih selesa dipanggil 'Ah Chai' dan beliau pemilik kilang pembuat perabot di Sungai Buloh, Selangor.
Kilang disewa Ah Chai dengan harga RM5,000 sebulan dan kini dia mempunyai 20 pekerja.
"Sejak bila berniaga perabot?," tanya saya kepada ayah 3 anak itu.
"Masa umur 12 tahun, saya kerja sama orang di Ipoh, Perak. Gaji saya, RM6 sehari, kerja di antara jam 9 pagi dan 5 petang. Masa itu saya belajar membuat kusyen kereta dan bas, bukan perabot. Umur 20 tahun, saya buka kedai di Tiger Lane sekarang Jalan Sultan Ahmad Shah di Ipoh. Di sebelah kedai saya, ada gimnasium, ramai orang kaya datang exercise. Sesekali dia orang datang ke kedai, bertanya kepada saya, boleh repair sofa ke? Sofa orang kaya, mahal. Waktu itu saya ambil sofa dari rumah pelanggan dan mula cuba repair. So, kalau kira-kira, saya sudah buat sofa lebih 30 tahun," jelas beliau.
"Kilang saya menggunakan kayu lebih berkualiti, bukan chipboard," jelas Ah Chai.
"Kami tidak mahu membuat kerja berulangkali. Kalau sofa kita jual tidak berkualiti, nanti semua pelanggan cari sama Angel, tidak syok itu macam," celah isteri peniaga itu.
"Kalau kita bandingkan harga sofa di kedai dengan harga di kilang, murah lebih kurang berapa peratus?," soal saya.
Barangkali soalan itu juga berlegar di minda pengguna sebelum membeli sofa.
"Di antara 30 dan 40 peratus. Bukan apa, bila kedai besar, sewa pun lebih mahal, kadang-kadang sampai 20 ribu satu bulan. Jadi perabot pun kena jual mahal, kalau tidak macam mana mampu untuk membayar sewa? Bil elektrik, air dan gaji pekerja," ujar beliau.
Adik ipar Ah Chai, Kent, turut berkongsi rahsia penjagaan sofa.
"Kalau material luar itu kulit, no problem, boleh cuci menggunakan air tetapi kalau PU atau PVC, jangan guna air, mesti sofa cepat rosak punya. Kalau hendak bersihkan, kena beli dia punya cecair," katanya.
Kepada pembaca menetap di Lembah Klang dan berhajat untuk membeli sofa, sila berhubung terus dengan Ah Chai di talian 012 39 666 21.
"Nanti kalau ada orang telefon, dia cakap "ini kawan Mazidul", ada harga special?," soal saya.
"Mesti punya. Kalau kawan susah untuk mencari kita punya kilang, sampai sahaja di Kampung Baru Sungai Buloh, terus telefon saya, kita hantar orang ambil dia," balas Ah Chai.
Oh! Ini sofa 3-seater baru saya, lokasi saya 'bertapa' dan menulis hampir setiap entri blog ini.
Friday, December 16, 2011
tayar haus boleh tuntut
Tayar haus kurang setahun
Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my
Siapa yang tidak teruja memiliki kereta baru? Lebih-lebih lagi, ia merupakan kereta pertama yang berjaya dimiliki terutamanya bagi kalangan belia yang baru memasuki alam pekerjaan selepas menamatkan pengajian di institut pengajian tinggi.
Mungkin itu yang bermain di fikiran seorang kakitangan swasta, Nawwar Wan Mansoor, 26, yang akhirnya berjaya memenuhi impiannya untuk membeli kereta jenis Toyota Vios pada Februari lalu.
Hanya perasaan gembira dan kesyukuran boleh digambarkan oleh wanita tersebut ketika pertama kali memandu kenderaan yang dibeli dengan hasil titik peluhnya sendiri.
Namun selepas lapan bulan memandu kenderaan tersebut, keempat-empat tayar kereta kesayangannya itu mula menunjukkan tanda haus manakala bunga-bunga tayar pula semakin menipis.
Hairan dan tidak berpuas hati dengan masalah tersebut, Nawwar mengemukakan aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di ibu negara baru-baru ini.
Pada prosiding di hadapan Presiden Quaik Chong Yu, Nawwar selaku pihak yang menuntut dengan ditemani bapanya Wan Mansoor, 60, tampil mengemukakan bukti gambar tayar berkenaan.
Wanita itu dalam tuntutannya mendakwa tayar terbabit tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan kerana tayar baru tidak sepatutnya mengalami masalah permukaan cepat haus sehingga menjadi nipis dalam tempoh kurang setahun digunakan.
Wakil syarikat tayar terbabit yang dinamakan penentang dalam tuntutan tersebut pula menyatakan, pihaknya telah menawarkan 20 peratus diskaun bagi kos menggantikan tayar baru tetapi ditolak oleh Nawwar.
Chong Yu kemudian menangguhkan prosiding selama 10 minit bagi memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk mencari kata sepakat terhadap tuntutan berkenaan.
Jelas beliau, sekiranya setiap pihak tidak mencapai persetujuan, maka tuntutan itu akan diteruskan dengan perbicaraan penuh.
Namun ketika prosiding disambung semula, wakil syarikat itu yang hanya dikenali sebagai Fitri memberitahu, pihaknya akan menggantikan keempat-empat tayar itu dengan tayar baru sekiranya Nawwar sedia menarik balik tuntutannya.
Masalah berakhir apabila Nawwar bersetuju dengan tawaran tersebut.

Wednesday, December 14, 2011
dilarang cari cinta melalui dukun
Usah percaya unsur kotor
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: “Jangan terkeliru dengan dukun yang membaca ayat suci al-Quran sedangkan pada masa sama menggunakan bahan diragui seperti kain kuning dan paku,” kata Yang Dipertua Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (Gapera), Mohd Adzhar Abd Latif.
Beliau berkata, dalam perubatan tradisional khususnya Islam, hanya kalimah al-Quran bahan paling mujarab untuk merawat mahupun menepis gangguan sihir selain air.
“Penggunaan najis mahupun unsur kotor lain sebagai bahan dalam amalan bomoh contohnya, ia melanggar akidah Islam serta tidak langsung boleh diterima pakai untuk mana-mana rawatan tradisional sebenar.
“Mungkin bahan itu berkait dengan makanan untuk makhluk halus mahupun jin yang dipuja,” katanya.
Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (Maij), Datuk Noh Gadut, berkata menggunakan dukun untuk memperoleh cinta tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya bakal mengundang lebih banyak masalah lain kelak.
“Kenapa perlu percaya pada dukun untuk memiliki cinta sedangkan kita diterapkan dengan kepercayaan bahawa jodoh itu di tangan Tuhan,” katanya.

pendinding sihir
Ramai pilih bomoh
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: “Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengakui menerima banyak aduan berhubung kes ilmu hitam membabitkan sihir penunduk nafsu,” kata Penasihat Medianya, Tuan Asmawi Tuan Umar.
Beliau berkata, orang ramai lebih terdorong untuk merujuk bomoh bagi mendapatkan cinta walaupun menggunakan cara yang bertentangan Islam berbanding berdoa dan berserah kepada Tuhan.
Katanya, apabila mangsa tidak kuat untuk menghadapi gangguan terbabit, sihir itu lebih mudah terjadi apatah lagi jika kedua-dua pihak pernah mempunyai hubungan istimewa.
“Kes sihir seperti ini terjadi sejak sekian lama di kalangan masyarakat kita yang terlalu taksub dengan dukun. Orang yang menggunakan khidmat bomoh ini kebanyakannya menggunakan ilmu hitam kerana putus asa disebabkan doa mereka tidak dimakbulkan.
“Sepatutnya kita lihat balik ibadat wajib kita terutama solat, sempurna atau tidak. Kalau yang itupun tak cukup, jangan pertikaikan kenapa permintaan kita tidak ditunaikan, namun jangan pula memilih jalan tidak diredai iaitu sihir,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Tuan Asmawi berkata, hanya solat mampu menjadi pendinding untuk mengelak terkena perbuatan sihir oleh pihak tertentu walaupun ia ilmu hitam yang paling kuat.

industri makanan
Industri makanan makin maju
Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my
utusankelantan@utusan.com.my
BACHOK 14 Dis. – Industri hospitaliti melibatkan sektor penyediaan makanan adalah bidang yang kian berkembang pesat di seluruh dunia.
Individu yang berkemahiran dalam bidang itu kini berpotensi mendapatkan pekerjaan berasaskan permintaan tenaga sumber manusia atau paling tidak mereka berupaya memulakan perniagaan sendiri.
Permintaan yang tinggi dalam pasaran kerja itu terbukti apabila Wilayah Iskandar Malaysia dilaporkan memerlukan lebih 12,000 tenaga dalam bidang itu menjelang 2025 sejajar dengan perkembangan di koridor berkenaan.
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) pula memerlukan lebih 25,000 tenaga tempatan di seluruh negara.
Malah, di Kelantan tenaga kerja itu diperlukan untuk memenuhi permintaan hotel-hotel dan restoran terkemuka tempatan.
Menyahut keperluan itu, Sekolah Teknologi Makanan adalah salah satu dari tiga jurusan utama di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bachok dengan menawarkan kursus kemahiran yang sangat popular di kalangan wanita dan turut disertai pelatih lelaki yang berminat mempelajari kemahiran berkaitan.
Pengarahnya, Engku Aziz Engku Mat berkata, latihan yang didedahkan di IKBN lebih menjurus kepada keupayaan pelatih menguasai kemahiran untuk ke gerbang kerjaya yang memang diperlukan di seluruh negara.
Selain Sekolah Teknologi Makanan katanya, IKBN Bachok turut menawarkan kursus automotif dan binaan awam yang turut menjadi perhatian sektor perindustrian dan perkilangan seluruh negara.
“Ini menepati Piagam Pelanggan IKBN iaitu memastikan semua bekas pelatihnya mendapat pekerjaan sesuai dengan bidang kursus dalam kadar segera selepas menamatkan pengajian dan tidak menganggur dalam tempoh yang lama,“ katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Engku Aziz berkata, penganjuran Program Gerbang Pekerjaan yang dianjurkan oleh IKBN setiap tahun melibatkan sebilangan besar pengusaha restoran terkemuka, sektor perkilangan dan perindustrian adalah sebahagian usaha untuk menawarkan tenaga kerja kepada pihak terbabit.
Beliau berkata, antara jurusan paling diminati ialah kemahiran penyediaan makanan yang secara khusus melatih peserta secara teori dan amali mengenai kaedah memasak makanan Barat dan Timur.
“Kemahiran ini juga boleh dimanfaatkan oleh pelatih untuk tampil sebagai usahawan makanan dalam industri kecil dan sederhana (IKS) selepas menamatkan kursus di IKBN sekiranya tidak berminat untuk bekerja di hotel atau di restoran,” katanya,
Pelatih tahun akhir jurusan itu, Norsyamimi Hassan, 20, berkata, bidang yang paling menarik baginya ialah mempelajari kaedah mengukir buah-buahan yang mendapat permintaan untuk majlis kenduri perkahwinan atau jamuan makan di hotel lima bintang.
“Bayangkan betapa indahnya apabila buah tembikai, timun, betik dan lain-lain digubah menjadi sejambak bunga yang menarik. Ia menyerlahkan nilai seni yang tinggi. Kebanyakan pelatih tidak melepaskan peluang untuk mengusai kemahiran ini,” katanya.
Selain itu katanya, seni menghias makanan, pengurusan dapur dan cara mengendali majlis-majlis tertentu adalah subjek yang perlu dipelajari bagi melengkapkan kemahiran yang diperlukan.
Katanya, pelatih akan dinilai berdasarkan keterampilan dari aspek pengetahuan, kemahiran, kelakuan, kebersihan, keselamatan dan kebolehan melaksanakan kerja amali untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Bagi Nur Amimi Abdul Kadir, 19, kursus disertainya banyak membantu meningkatkan kemahiran dalam bidang penyediaan makanan dan berhasrat melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan sarjana bagi memenuhi cita-citanya menjadi seorang chef berjaya.
“Saya akan memanfaatkan SKM yang diperoleh nanti untuk melanjutkan pelajaran ke universiti selepas tamat kursus yang diikuti selama setahun di IKBN,” katanya.
nyamuk toxo penghapus aedes
Nyamuk toxo mampu hapus aedes
Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my
KUANTAN 14 Dis. – Nyamuk jenis toxorhynchites (toxo) dikenal pasti sebagai kaedah baru mengawal demam denggi termasuk membunuh agen pembawanya iaitu nyamuk aedes.
Pengarah Kesihatan, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dr. Ruslan Mohamed Hussin berkata, nyamuk berkenaan merupakan nyamuk asli yang terdapat di hutan mampu mengurangkan dan seterusnya menghapuskan kewujudan nyamuk aedes.
“Kajian dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dan Bank CIMB mendapati nyamuk berkenaan boleh mengurangkan populasi aedes dengan jentik-jentik toxo bertindak memakan jentik-jentik aedes.
“Pada peringkat awal, sebanyak 400 ekor toxo dilepaskan di dua kawasan iaitu di USJ 1 dan Kampung Sri Aman, Puchong di Selangor sebagai percubaan pada Jun lalu.
“Selepas nyamuk berkenaan dilepaskan, pembiakan nyamuk aedes didapati semakin berkurangan termasuk kawasan pembinaan terbengkalai di USJ 1 yang sedang dibangunkan semula,” kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Program Kawalan Pembiakan Nyamuk Aedes Menggunakan Nyamuk Toxorhynchites sempena Persidangan Kesihatan Persekitaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kali ke-5 di sini hari ini.
Hadir merasmikan persidangan tersebut ialah Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimi Abdul Manaf.
Menurut Ruslan, penggunaan nyamuk toxo yang dibiakkan di USM itu merupakan satu kaedah yang dilakukan MPSJ dalam usaha mengurangkan kes demam denggi yang ia menurun dengan ketara sebanyak 70 peratus.
Sementara itu, menurut Halimi, usaha MPSJ dengan kerjasama pihak universiti dan swasta itu sangat produktif dan harus dipuji.
“Justeru, persidangan ini seharusnya menjadi forum dan platform terbaik kepada semua PBT bagi membincangkan isu-isu terkini dalam bidang kesihatan persekitaranm,” katanya.

pengintip
Teknologi satelit kritikal untuk Malaysia
PENULIS ialah GeoStrategis Institut GeoSpatial UTM dan ahli bersekutu Majlis Profesor Negara
PADA satu ketika Pakistan dianggap sebagai sekutu Amerika Syarikat (AS) yang boleh diharapkan walaupun tidak memulangkan bangkai helikopter Blackhawk yang terhempas di Abbottabad ketika operasi membunuh Osama Bin Laden pada Mei lepas. Sungguhpun telah diminta oleh pihak Pentagon AS, Islamabad tidak mengendahkan permintaan tersebut kerana helikopter canggih tersebut mampu menyalurkan maklumat teknikal dan perisikan yang tidak ternilai kepentingannya.
Hari ini AS sekali lagi menghadapi masalah yang serupa apabila kapal terbang pengintip tanpa juruterbang (drone) RQ-170 Sentinel telah ditembak jatuh berhampiran bandar Kashmar, Iran. Walaupun telah diminta oleh Presiden Barack Obama supaya drone tersebut dikembalikan, tiada sebab mengapa Teheran perlu menuruti kehendak tersebut.
Peristiwa ini jelas mempamerkan bagaimana AS menggunakan Afghanistan sebagai pangkalan untuk melaksanakan kerja intipan terhadap Iran dengan drone sebagai alat utama kutipan data. Selama ini apa yang nyata ialah AS menggunakan drone untuk memburu dan membunuh pejuang Taliban terutama sekali di sempadan Afghanistan-Pakistan. Telah terbukti bahawa Iran juga dan mungkin banyak lagi negara lain yang menjadi mangsa intipan AS.
Jika AS mampu melakukan operasi intipan menggunakan teknologi canggih, begitu juga dengan pihak yang tidak berkemampuan juga boleh melakukan intipan menggunakan teknologi sedia ada dan mudah dicapai.
Google yang sinonim dengan enjin pencarian maklumat internet telah dituduh menjejaskan keselamatan AS kerana menyiarkan imej satelit berkualiti tinggi yang memberi gambaran jelas keadaan fizikal lokasi sensitif seperti pangkalan tentera.
Google telah dikecam oleh Pentagon selepas pengguna awam dengan mudah dapat mencapai dan memproses imej satelit yang mempamerkan gambar lapangan terbang sulit di Tasik Yucca, Nevada, yang banyak digunakan untuk menguji drone RQ-170 seperti yang terhempas di Iran.
Memang tidak boleh dinafikan imej satelit yang disediakan oleh Google boleh dicapai dengan mudah oleh semua pengguna internet. Walaupun kualiti imej tidak sehebat seperti mana yang dibekalkan oleh drone, tetapi sudah cukup untuk digunakan bagi tujuan intipan. Umpamanya telah terbukti militan di Afghanistan dan Iraq telah mengguna imej satelit Google untuk menentukan sasaran mudah diserang yang lazimnya dimiliki oleh tentera AS.
India, Korea Selatan, Thailand dan Australia adalah antara negara yang begitu lantang membantah kemudahan paparan imej satelit yang disediakan oleh Google. Peristiwa serangan Mumbai pada November 2008 yang mengorbankan lebih 188 orang dipercayai dilakukan oleh militan dari luar India yang telah menggunakan kemudahan imej satelit Google untuk mengkaji sasaran mereka.
Thailand juga memberi alasan bahawa miltan terutama sekali dari selatan Thai dengan mudah dapat menyasarkan penempatan sensitif tentera dengan menggunakan kemudahan yang disediakan Google.
Malaysia juga terdedah kepada ancaman seperti mana yang dihadapi oleh negara lain akibat kemudahan yang disediakan oleh Google. Paparan imej satelit pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan umpamanya dengan jelas mempamerkan kedudukan jet pejuang di landasan.
Malah dengan resolusi imej sebaik 15 meter mampu membezakan antara jet pejuang MiG atau Hawk. Kawasan sensitif seperti Kementerian Pertahanan di Jalan Semarak, Kuala Lumpur juga terdedah kepada ancaman kerana mereka yang mempunyai niat tidak baik dengan mudah dapat menentukan kedudukan bangunan dalam kawasan tersebut.
Keluh-kesah ancaman yang dibawa oleh Google pernah dibincangkan dalam sidang Parlimen pada tahun 2007. Ahli Parlimen dari Mambong Sarawak Datuk Dr. James Dawos Mamit telah mengemukakan soalan kepada Menteri Pertahanan mengenai langkah pencegahan terhadap ancaman pengganas menggunakan imej satelit Google yang boleh memudaratkan keselamatan negara.
Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Pertahanan ketika itu menjawab bahawa Malaysia tidak akan menghadkan kemudahan yang disediakan oleh Google kerana manfaat melampaui keburukan. Sama juga dengan kemudahan internet, walaupun mendedahkan pengguna kepada perkara yang tidak baik, tetapi kebaikan yang diterima jauh lebih banyak.
Kemelut yang timbul akibat imej satelit Google dan juga drone RQ-170 mendedahkan bagaimana pentingnya teknologi terutama sekali yang berkaitan dengan satelit.
Walaupun kemudahan Google boleh dicapai oleh semua peringkat pengguna tetapi langkah pencegahan mudah dilaksanakan oleh kerajaan kerana kualiti imej yang disediakan oleh Google adalah tidak begitu baik terutama sekali dari segi resolusi yang melebihi 20 meter dan tarikh imej yang kadang kala menjangkau sehingga 12 bulan lamanya.
Dalam hal ini perlu dihebahkan kepada rakyat bahawa Malaysia mempunyai satelit yang dinamakan RazakSat yang sedang mengelilingi dunia mengikut orbit Khatulistiwa. Satelit milik Malaysia ini telah dilancarkan pada 14 Julai 2009.
Satu perkara yang paling menarik mengenai RazakSat yang tidak boleh diambil mudah ialah satelit ini merupakan satelit pertama di dunia yang berada pada orbit hampir Khatulistiwa. Keistimewaan orbit Khatulistiwa adalah RazakSat mampu membuat imbasan pada kawasan tertentu di Malaysia sebanyak 11 hingga 14 kali dalam masa satu hari dengan kemampuan resolusi sehingga 2.5 meter.
Berbanding dengan Google yang hanya mampu menyediakan imej yang mungkin telah diambil berbulan-bulan lamanya sebelum ini, imej satelit RazakSat boleh dikemas kini setiap hari. Jika penggunaan imej Google sebanyak 20 meter adalah begitu terhad, maka RazakSat dengan resolusi 2.5 meter telah membuka pelbagai peluang penggunaan.
Malaysia bakal melancarkan satelit yang mempunyai kemampuan lebih tinggi yang dinamakan RazakSat2. Rakyat Malaysia perlu mengambil peluang sebaik-baiknya kerana jika imej satelit Google boleh memberi manfaat maka sudah pasti kedua-dua satelit RazakSat mampu memberi limpahan manfaat yang berkali ganda lebih baik terutama sekali dalam hal strategik.

Monday, December 12, 2011
spesis baru
200 spesies baru ditemui
HANOI 12 Dis. - Lebih 200 jenis spesies baru ditemui di wilayah Greater Mekong pada tahun lepas termasuk cicak pelbagai warna, ikan seperti timun gerkin dan seekor monyet yang mempunyai rambut seperti penyanyi lagenda Elvis Presley.
Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) hari ini berkata, kawasan tersebut penuh dengan kepelbagaian hidupan yang menyaksikan spesies baru ditemui setiap dua hari tetapi kerjasama serantau diperlukan untuk memastikan ia tidak pupus.
WWF pada awal tahun ini menyatakan bahawa hidupan liar di Vietnam diancam kepupusan selepas badak sumbu Jawa diburu oleh pemburu haram sehingga pupus.
''Ketika penemuan pada 2010 adalah maklumat baru dalam dunia sains, kebanyakan haiwan itu ditakdirkan menjadi hidangan makan malam dan berusaha untuk hidup ekoran kekurangan habitat dan risiko pupus,'' ujar Pengarah Pemuliharaan WWF Greater Mekong, Stuart Chapman dalam satu kenyataan.
WWF dalam laporannya berkata, seekor cicak dengan kakinya berwarna oren terang, leher kuning dan badannya berwarna biru-kelabu dengan sisi badannya berwarna oren terang, ditemui di sebuah pulau di selatan Vietnam.
Seekor monyet berhidung pendek dan terjungkit dan mempunyai rambut seperti Presley itu pula ditemui di kawasan pergunungan Kachin, Myanmar.
Selain itu, seekor cicak yang mampu menghasilkan cicak baru menggunakan kaedah klon merupakan antara 208 spesis baru berkenaan.
Lima spesies baru pokok periuk kera yang memerangkap mangsa termasuk tikus dan burung juga ditemui.
Chapman berkata, perdagangan haiwan liar masih menjadi ancaman utama di haiwan terancam di wilayah ini walaupun peraturan melarang perbuatan itu dikuatkuasakan. - Reuters

google maps boleh cari pengkalan rahsia
Google jejas keselamatan AS
WASHINGTON 12 Dis. - Google dituduh menjejaskan keselamatan Amerika Syarikat (AS) dengan membenarkan gambar-gambar pangkalan rahsia tentera yang diambil dari udara ditatap oleh orang ramai menerusi program komputer Maps firma carian Internet itu.
Syarikat itu dikecam oleh pihak berkuasa selepas pengguna laman web sekali lagi mendapati mereka boleh mencari pangkalan tentera dan kemudian memfokus ke lapangan terbang serta pesawat drone tentera dari jarak dekat.
Penemuan sebuah lapangan terbang sulit di Tasik Yucca, Nevada, yang digunakan untuk menguji pesawat drone R-170, model sama seperti yang jatuh ke tangan Iran pada minggu lepas, meningkatkan lagi kebimbangan kerajaan AS.
"Pihak Iran tentunya paling berminat untuk melihat pangkalan operasi kerana mereka akan dapat mengetahui bagaimana kita menjalankan misi pengintipan," kata bekas Kolonel Tentera Udara, Cedric Leighton.
Katanya, Google menyiarkan maklumat yang dahulunya hanya terhad kepada komuniti tentera dan perisikan, menimbulkan cabaran baru bagi agensi-agensi perisikan," kata beliau kepada FoxNews.com, semalam.
Laman web penerbangan, Flight Global mendakwa menemui lapangan terbang rahsia di Tasik Yucca itu, dengan menunjukkan imej-imej sebuah pesawat drone Predator atau Reaper di landasan yang diambil dari satelit.
"Imej satelit yang diambil pada awal tahun ini dan boleh dilihat menerusi Google Maps, kelihatan menunjukkan sebuah landasan tar sepanjang 1,585 meter dan sebuah pesawat drone Predator atau Reaper yang sedang ditunda," menurut Flight Global.
Butir-butir lapangan terbang yang mempunyai empat hangar itu, termasuk tempat letak kenderaan, pagar keselamatan dan kerja pembinaan yang sedang dijalankan, boleh dilihat dengan jelas.
Gambaran yang begitu terperinci menjadikan amat mudah untuk kuasa asing memeriksa pesawat pengintip AS dengan melihat imej-imej satelit menerusi Google Maps. - Agensi
Sunday, December 11, 2011
dari panggungopera.b.c
Lihat gambar wanita di sebelah bagaimana software edit gambar boleh digunakan untuk membogelkan gambar diri anda.
Zaman sekarang kita semua pun sudah tahu, dekat luar sana memang ramai editor yang power-power dan terer yang kita tidak sangka.Nasihat penulis, kalau perempuan, dinasihatkan agar janganlah upload gambar dekat facebook atau mana-mana laman sosial dgn gambar penuh seperti gambar diatas. Ambillah gambar dari atas dada dan ke atas. Dan juga, jangan pakai baju putih kerana editor akan lebih senang untuk edit gambar anda.
Sekian buat mereka yang suka upload gambar sendiri ke facebook. Kalau ada elok-elok delete sebelum terjadi macam gambar diatas.
SUMBER: FB
kontroversi ombak rindu
Ombak Rindu, hak cipta dan membela kepentingan pengkarya
Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my
KONTROVERSI yang dicetuskan oleh penulis novel Fauziah Ashari mengenai terma perjanjian penerbitan novelnya berikutan penangan 'boom' filem Ombak Rindu, maka judul novelnya seharusnya 'membuka mata' artis mengenai pentingnya Akta Hak Cipta ditelek dan difahami sebaik-baiknya.
Bukannya perkara itu baru tetapi sudah terpampang di depan mata. Fauziah dikatakan menyalahkan pihak penerbit, Alaf 21, kerana berpendapat perjanjian atau kontrak yang ditandatangani 'memakan diri' penulis atau berat sebelah.
Tetapi di pihak Alaf 21, mereka ada jawapannya yang mengikut saluran undang-undang, sebagai penerbit, mereka memiliki hak untuk menguruskan naskhah novel sekiranya ia mahu diadaptasi ke pementasan teater, filem dan sebagainya.
Realitinya pindaan Akta Hak Cipta 1987 yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini dan bakal dikuatkuasakan sebelum Jun tahun depan bagi membela nasib penggiat seni tanah air mempunyai pelbagai manfaat dan larangan boleh atau tidak boleh yang perlu dipatuhi.
Pindaan akta ini adalah satu penyelesaian dalam menangani isu dan masalah pembuktian yang sering dihadapi oleh pemilik karya hak cipta. Sijil pendaftaran hak cipta yang dikeluarkan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) boleh dijadikan bukti pemilikan 'prima facie' seseorang pemilik karya hak cipta dan boleh dikemukakan di mahkamah.
Bagaimanapun, sekiranya dicabar di atas isu pemilikan dan keaslian, pihak yang terkhilaf boleh mencabar kesahihan tersebut mengikut proses perundangan. Pewujudan sistem pendaftaran hak cipta ini juga mewujudkan satu pangkalan data karya-karya hak cipta yang telah didaftarkan di negara ini.
Lebih menarik lagi, pindaan akta baru ini bukan hanya melibatkan penyanyi sahaja. Ia termasuk mereka yang terlibat dalam industri kreatif seperti pelakon, pelukis, penulis novel dan tidak kira kartun atau pencanting batik.
Terdapat lima fokus utama dan yang pertama adalah berkaitan pembayaran royalti. Ia berkaitan undang-undang yang akan membenarkan pengutip royalti atau badan-badan perlesenan mengutip royalti dengan berlesen.
Sebelum ini tidak ada peraturan tentang perkara ini dan para pengutip ini tidak perlu berdaftar. Sesiapa sahaja boleh menubuhkan sebuah syarikat dan mengutip royalti.
Dan kini melalui undang-undang baru ini, mereka perlu berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan ia akan mengeluarkan lesen untuk mereka.
Namun, jika mereka tidak berbuat demikian maka hukumannya maksimum denda RM500,000. Sebelum ini mereka ini boleh mengutip royalti tetapi pihak artis sendiri tidak tahu apa-apa kerana tidak ada pelantikan secara sah antara artis dan pihak pengutip. Ini membolehkan kedua-dua pihak terikat dengan terma dan syarat tertentu.
Memang sebelum ini pihak kerajaan tidak boleh mencampuri isu-isu pertelingkahan berkaitan pembayaran royalti. Rintihan dan rungutan pihak karyawan tidak boleh diselesaikan secara statutori dan usaha kerajaan untuk membantu pihak karyawan hanya lebih kepada bentuk perundingan.
Artis tidak tahu berapa banyak yang mereka perlu dapat, berapa banyak jumlah kutipan yang telah dibuat serta berapa jumlah yang patut diterima sama ada lima peratus, dua peratus dan sebagainya.
Mereka hanya menerima jumlah tunai mengikut berapa banyak yang diberi oleh pihak pengutip. Dengan pelaksanaan undang-undang ini akan mewujudkan satu jumlah atau harga tetap yang perlu diterima oleh artis.
Menerusi pindaan akta ini juga, kementerian akan mengaktifkan semula Tribunal Hak Cipta. Memang ketika ini sudah ada tribunal tetapi agak susah untuk dibicarakan. Masalahnya, artis tidak tahu berapa jumlah sepatutnya yang perlu dibayar.
Tribunal ini sudah wujud sejak 2003 tapi tidak ada kes yang dibicarakan seolah-olah ia tidak berfungsi. Kini ia akan diaktifkan semula dan akan berlaku lantikan baru ahli panel supaya semua isu yang berkaitan artis akan dibicarakan terus di tribunal.
Pindaan baru turut dibuat untuk memperluaskan bidangkuasa Tribunal Hak Cipta termasuk menerima permohonan aduan dari pelaku.
Dengan filem Ombak Rindu dikatakan boleh mencecah sehingga kutipan RM14 juta, maka tidak hairanlah sesiapa yang ada kaitan dengan penghasilannya bisa 'mendengus'. Namun, 'dengusan' tidak akan bermakna apa-apa tanpa memahami prosedur hak cipta.

carian google
Google kenal pasti carian hangat
Oleh : SALWANI MD ZAIN
Tarikh : December 9, 2011
Tarikh : December 9, 2011
Senarai itu memberi pandangan sepintas lalu berkenaan apa yang dicari oleh rakyat Malaysia meliputi acara, detik-detik menarik, dan trend baru sepanjang tahun 2011.
Dalam satu kenyataan syarikat itu berkata, pada tahun ini, senarai carian yang meningkat naik dengan pantas adalah rangkaian sosial, permainan atas talian AngryBirds, dan rakyat Malaysia juga juga amat gemar melakukan carian berkaitan rancangan realiti TV, Maharaja Lawak menduduki tangga ketiga.
”Apabila dilihat pada carian berkaitan rancangan TV, rakyat Malaysia amat gemarkan program realiti America’s Next Top Model (ANTM), X Factor USA dan American Idol 2011 adalah antara carian rancangan TV popular sepanjang tahun ini. ‘Tonton’ dan ‘Apa Itu ‘PPVRIP’ turut tersenarai sebagai carian popular, menunjukkan rakyat Malaysia mula memfokuskan terhadap TV atas talian,” katanya.
Pengguna Malaysia yang meminati teknologi turut menyumbang kepada trend carian sepanjang tahun misalnya gajet, yang dilancarkan sekadar ura-ura sahaja memegang empat kedudukan tertinggi daripada 10 carian yang meningkat naik dengan pantas seperti iPhone 5, iPad 2, Samsung Galaxy dan Android.
Dalam bertanyakan soalan berkaitan teknologi, pengguna Malaysia gemar melakukan carian untuk bertanya “Apakah itu...” untuk mengetahui lebih lanjut mengenai iPad, hacking dan jailbreak. Penyanyi dan penulis lagu Bruno Mars yang melawat Malaysia pada bulan April, mendahului senarai carian berkaitan orang yang meningkat naik dengan pantas bersama-sama tiga bintang muzik antarabangsa seperti Avril Lavigne, Rihanna dan Justin Bieber yang turut menjadi imej yang paling banyak dicari pada tahun ini.
Pengguna Malaysia juga turut menggunakan carian imej dalam mengetahui berkaitan bagaimana basikal dengan gear-tetap kelihatan apabila fixie mula menjadi budaya baru, selain terma yang carian imej popular yang lain adalah seperti Domo kun maskot berbulu dari stesen televisyen Jepun, NHK.
Friday, December 9, 2011
kondom dinda
DINDA PAKAI KONDOM.. KANDA TAK PAYAH
saje je tajuk. bagi merembes la konon.
tipsesuci kali ni akak nak share pasal Female Condom atau kondom wanita.
kondom cikki. fonen opret pun bley try.
ha, uols lak?
teringin tak nak try kat vontot?
tapi sebelum blaja pakai kat vontot, lets blaja sarung kat cipap ye..
CARA2 PASANG KONDOM WANITA KAT FEFEK..
Ni ha gambar kondom ittew.. cute je.. ada ring kat dua2 ujung..
1. mula2, koyakkan plastik (rujuk rajah bawah) dengan berhati-hati.
2.pastu.. uol akan dapati kondom tu ada dua rings; ring luar dan jugak ring dalam.
3. dengan guna 1 tangan, picit ujung bahagian inner ring ittew..jadikan bentuk lonjong
4.sebelah lagi tangan pegang puki. tengok berbagai2 kedudukan bley uol gayakan.. *ko mampu bergaya masa nak sarung kondom?*
5. masukkan inner ring tadi kat dalam puki.
6.masukkan jari telunjuk dalam kondom, tolak slow2 sampai dalam. slow2 ye nok. jangan sampai berpintal.
7.dah. siap.. sedia untuk curanz dengan penuh bergaya..
lepas tu buat apa?
8. sedia menerima tempahan ciknek. oh ye, pastikan ciknek tu diletakkan pelincir ye..
9. kalo dah gini gayanya mesti la pancut dalam, kan? so lepas pancut tu, jangan terus tarik. pastikan uols pintal2 dulu kondom tu so that air mani tak bersepah2 dalam rahim.. *mana la tahu tertumpah kan...*
10.pastu amek tisu, buang dalam tong sampah..
then?
pastu tunggu la 9 bulan lagi.. kalau tak dapat anak maknanya kondom tu tak bocor.. *bley?*
yang bagusnya, female condom ni diluluskan oleh FDA.
Think your friends have the best kawaii-pose? Vote for them today! #CutestThin
teksi wanita
Jamin keselamatan penumpang wanita
|
ASNIMAR AMINUDDIN sedar bahawa hampir 99 peratus bidang yang diceburinya itu dimonopoli golongan lelaki.
Namun demikian, wanita berusia 43 tahun itu berani menyahut cabaran untuk terlibat dengan kerjaya yang jarang sekali menjadi pilihan para wanita di negara ini.
Bagi ibu tunggal itu, bidang kerjaya yang kononnya 'dikuasai' oleh lelaki itu turut menawarkan ruang buat wanita sepertinya mencari rezeki.
Tidak melihatnya sebagai cabaran yang sukar untuk dihadapi, Asnimar nekad untuk menjadi lebih cekal dan tidak mengenal erti putus asa.
Dia yang sudah menjadi pemandu teksi sejak tujuh tahun lalu, mengakui masih ada segelintir pihak yang kurang yakin dengan keupayaan wanita dalam kerjaya itu.
"Kita perlu ingat perbezaan jantina tidak boleh dijadikan kayu pengukur tahap kebolehan seseorang," jelasnya.
Semangat dan kecekalan wanita itu dalam mengharungi cabaran kerjaya langsung tidak pudar walaupun pernah berhadapan dengan sebuah kejadian cemas pada tahun 2000.
Wanita yang bertudung dan tidak lekang dek senyuman itu mengakui, dia pernah nyaris menjadi mangsa cabul.
Pada ketika itu, seperti kebiasaannya, Asnimar mengambil penumpangnya di sekitar kawasan pusat beli-belah, Ampang Point. Ketika berlegar-legar di kawasan itu, teksinya ditahan lelaki warga Iran yang mahu menuju ke Lebuh Ampang.
Lelaki yang berusia lingkungan 20-an itu telah meminta diberhentikan di hadapan sebuah banglo dan kemudian turun dari kenderaan seolah-olah mahu membuat bayaran.
Namun, dia tidak menyangka apabila lelaki itu bertindak di luar batas norma dengan cuba merentapnya keluar dari teksinya. Begitupun kedua-dua tangannya dipegang kuat dan ditarik, nasib menyebelahi Asnimar kerana dia dapat melindungi dirinya dari dalam kenderaan.
Dalam keadaan keadaan cemas dan panik, Asnimar hanya mampu menjerit memonta pertolongan. Dia bersyukur kerana jeritannya itu mendapat perhatian dua orang pemuda yang kebetulan melalui lorong tersebut.
Lebih berwaspada
Sejak peristiwa itu, Asnimar mengambil sikap lebih berjaga-jaga terutamanya ketika mengambil sekumpulan penumpang lelaki.
"Kebiasaanya, apabila mengambil mereka (lelaki), saya tidak memakai tali pinggang kerana khuatir mereka akan menjerut leher saya," ujarnya.
Oleh itu, Asnimar meminta pihak berkuasa 'melonggarkan' syarat kepada pemandu teksi wanita untuk membuat pilihan mengambil penumpang.
"Ia mungkin kedengaran agak janggal, namun sebagai wanita, tipulah jika saya kata tidak risau akan keselamatan sepanjang bekerja. Lagipun tempoh masa bekerja kami sehingga lewat malam.
"Saya amat berharap agar saranan itu dipertimbangkan demi keselamatan pemandu wanita," jelasnya sambil menyifatkan pekerjaan itu turut menggembirakannya kerana dapat melihat pelbagai ragam penumpang setiap hari.
Faktor keselamatan sebenarnya bukan sahaja melingkari para pemandu teksi wanita seperti Asnimar. Pada masa yang sama, para penumpang wanita di negara ini juga memerlukan jaminan keselamatan ketika mereka menaiki pengangkutan awam tersebut.
Sebab itulah, idea menyediakan perkhidmatan pemandu teksi wanita merupakan salah satu usaha untuk melindungi penumpang berikutan banyak kes yang buruk terjadi melibatkan kehormatan wanita.
Sekalipun jumlah kejadian jenayah dan gangguan seksual yang membabitkan pemandu lelaki tidaklah begitu membimbangkan, namun kes-kes yang dilaporkan sebelum ini masih menimbulkan kegusaran bagi sesetengah wanita.
Bagaimanapun, selepas ini kegelisahan mereka tidak akan timbul lagi memandangkan perkhidmatan teksi yang selamat dan selesa untuk kaum wanita telahpun dilancarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sempena Hari Antarabangsa Menangani Keganasan terhadap Wanita.
Selepas berjaya melaksanakan perkhidmatan bas dan koc komuter khas untuk wanita, KPWKM kini memperkenalkan pula Projek Teksi Wanita di Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur pada 26 November lalu.
Elak jadi mangsa
Projek terbaharu yang dilaksanakan itu bertujuan memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada kaum Hawa yang menggunakan pengangkutan awam itu.
Langkah itu juga dilihat mampu mengelakkan kaum itu daripada menjadi sasaran gangguan seksual khususnya pada waktu malam.
Bagi Fatimah Jomal, 22, pengenalan teksi wanita itu bukan sahaja memberi keselesaan kepada penumpang wanita malah dapat mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa gangguan seksual.
"Dengan adanya kehadiran pemandu teksi wanita, ia mampu menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna wanita.
"Disebabkan banyak kes rogol dan samun yang melibatkan segelintir pemandu teksi, ia sudah cukup menyebabkan penumpang wanita berasa bimbang," ujarnya.
Bagaimanapun, dia berharap lebih ramai wanita menceburi bidang itu memandangkan tidak ramai wanita yang berminat menjadi pemandu teksi.
Pendapat itu turut dipersetujui Kimberly King Shen Zhett, 23, yang turut memuji langkah beberapa syarikat yang mempunyai kakitangan pemandu teksi wanita.
"Langkah segelintir syarikat memperkenalkan pemandu teksi wanita perlu dicontohi oleh syarikat teksi yang lain. Kehadiran pemandu wanita dalam bidang ini mampu membantu penumpang wanita kurang terdedah dengan risiko jenayah.
"Selepas ini, golongan wanita yang pulang daripada tempat kerja lewat tidak perlu bimbang lagi kerana mereka boleh menaiki teksi yang dipandu wanita," katanya.
Sementara itu, bagi penuntut Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Panita Terajapak, 24, dia turut memuji langkah kerajaan itu.
Dia yang berasal dari Thailand itu mengakui golongan wanita khusus pelajar yang menggunakan perkhidmatan teksi terutama pada waktu malam boleh menarik nafas lega.
"Selain berasa selesa dan selamat, penumpang wanita lebih mudah untuk berurusan dengan pemandu wanita," jelasnya.
Sehingga kini, hanya empat syarikat iaitu Destination Transport, Zalnas Sdn. Bhd., Koperasi Pengangkutan Putrajaya dan Cyberjaya serta Sunlight Radio Sdn. Bhd yang menyediakan pemandu teksi wanita.
Sebagai panduan penumpang, teksi wanita boleh dikenal pasti melalui pelekas khas berwarna ungu yang tertera tulisan 'Teksi Wanita' pada kenderaan awam itu.
pusaka datuk
Persoalan harta pusaka arwah datuk
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
ARWAH bapa ada membina sebuah rumah di atas tanah milik arwah datuk saya ketika masih hidup.
Kini, ahli keluarga yang lain ingin menjual tanah itu.
Sebagai waris, berhak atau tidak saya menuntut ganti rugi ke atas rumah itu?
Saudara lain mengatakan saya hanya menumpang untuk membina rumah dan tidak layak menuntut ganti rugi padahal rumah itu dibina dengan keizinan pemilik tanah terdahulu.
Sebenarnya arwah datuk menjadi ahli kepada syarikat pemaju perumahan.
Ketika hidup syarikat berkenaan memberikan tapak rumah kepadanya.
Apabila meninggal dunia, tanah itu dibahagikan kepada waris yang masih ada.
Seterusnya, keahlian arwah datuk tadi dipindahkan kepada bapa saudara saya atas persetujuan waris lain di mana dia bakal menjadi waris ke atas tanah itu.
Kini, syarikat terbabit hendak memberi satu lagi tapak kepada ahlinya.
Adakah tanah yang bakal diperoleh itu dikategorikan sebagai pusaka arwah datuk atau ia kini milik mutlak bapa saudara saya?
INGIN KEPASTIAN,
Kuala Lumpur
DALAM menyelesaikan masalah sesama keluarga seperti di atas, semangat kekeluargaan dan ukhuwah perlu diambil perhatian yang sewajarnya supaya tali silaturahim tidak terputus.
Setiap ahli keluarga hendak mengambil berat maslahah keluarga dan sanak saudara.
Segala masalah yang timbul perlu diselesaikan secara berhemah.
Secara umumnya, apabila tanah sudah bertukar milik, pemilik baru boleh mengambil kembali tanah itu dengan sepenuhnya apabila pemilik baru membayar nilai rumah itu dalam harga semasa.
Ini kerana pemilik tanah terdahulu, iaitu arwah datuk memberi keizinan kepada ayah sendiri untuk membina rumah di atas tanah terbabit.
Apabila membayar ganti rugi harga dan nilai rumah, keluarga dapat berpindah ke tempat lain secara baik.
Anda sekeluarga dan pemilik tanah baru pasti berpuas hati kerana ia diselesaikan secara baik.
Pemilik tanah yang baru tidak dilihat menzalimi ahli keluarga sendiri.
Mengenai pemberian satu lagi tapak kepada ahli syarikat, ia tidak lagi dikira sebagai harta pusaka arwah datuk memandangkan datuk sudah menyerahkan keahliannya kepada bapa saudara sendiri.
Keluarga anda tidak lagi berhak mendapat bahagian daripada tapak berkenaan.

Tuesday, December 6, 2011
injin berhenti tiba2 boleh terbalik
Sempat merangkak keluar
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
IPOH: Pemandu dan penumpang sebuah pacuan empat roda sempat merangkak keluar sebelum kenderaan dinaiki mereka terbakar dan hangus dijilat api beberapa saat kemudian.
Dalam kejadian jam 6.45 petang semalam, dua mangsa terselamat selepas Perodua Kembara dinaiki terbalik sebelum terbakar berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak, Kilometer 247, Lebuhraya Utara Selatan, di sini.
Kejadian berlaku selepas kenderaan dinaiki Ketua Keselamatan Pas Lenggong, Ahmad Ramdzi Othman Jalaluddin, 42, dan Ketua Penerangan Pas Lenggong, Mohd Saidi Sabri, 39, dari arah Ipoh dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik beberapa kali dan terbakar.
Saksi yang hanya mahu dikenali Michael, 36, berkata, dia dalam perjalanan ke Simpang Pulai dari Kuala Kangsar ketika kejadian berlaku.
“Kejadian berlaku begitu pantas dan saya seperti tidak percaya melihat kereta itu terbalik beberapa kali di tengah laluan lebuh raya.
“Saya fikir pemandu kenderaan itu pasti parah atau lebih buruk, tetapi terkejut melihat dua lelaki merangkak keluar dan hanya cedera ringan,” katanya.
Sementara itu, Ahmad Ramzi yang dihubungi berkata, kejadian berlaku ketika dia dan Mohd Saidi selesai menghadiri satu mesyuarat di pejabat Perhubungan Pas Perak di Ipoh.
Menurutnya, enjin kenderaan dipandu Ahmad Ramdzi tiba-tiba terhenti dan tidak berfungsi menyebabkan dia melanggar penghadang jalan.
“Kejadian berlaku dengan pantas, tetapi kami bernasib baik kerana sempat keluar sebelum ia meletup terbakar,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Guan Beng Kang berkata, sepasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran dan berjaya mengawal kesesakan lalu lintas kira-kira dua jam kemudian.
“Kedua-dua mangsa hanya cedera ringan dan sudah dibenarkan pulang,” katanya.

saluran tv baru
Menunggu kelahiran siaran TV baru ABN
RAM Terengganu
MENJELANG tahun 2012, rakyat Malaysia mempunyai dua akses alternatif hiburan dan maklumat, pertamanya melibatkan syarikat separuh kerajaan iaitu Unifi oleh TM manakala satu lagi adalah ABN sebagai penyedia akses siaran kabel gentian optik.
Diharapkan dua syarikat berkenaan dapat memperkenalkan beberapa pakej yang menarik dan menjimatkan untuk pengguna.
Apa yang amat menarik perhatian ramai adalah keberanian syarikat ABN menyahut cabaran sebagai penyedia akses TV kabel yang mana sudah pun ada syarikat sebelum ini telah mencuba nasib dalam bidang ini namun gagal. Mungkin juga pakej yang diperkenalkan itu tidak mesra pengguna atau tidak berbaloi setiap sen yang pengguna bayar dengan kadar penggunaan.
Maka itu, faktor tidak mesra pengguna atau terlampau berkos tinggi merupakan satu taboo dalam dunia pasaran bebas kini kerana penggunalah yang memainkan peranan dalam menentukan untung rugi satu syarikat dalam jangka panjang.
Beberapa jalan keluar boleh dilakukan oleh pihak ABN bagi menangani masalah untuk menarik perhatian rakyat Malaysia melanggan lebih ramai. Pertama, memperkenalkan konsep prabayar yang minimum seperti caj aktif visi perkhidmatan sebulan cuma sebanyak RM20. Caj penggunaan perkhidmatan servis siaran ABN dicadangkan sekitar 50 sen sejam.
Jika purata bulanan penggunaan servis siaran ABN selama 100 jam sebulan, maka keseluruhan perlu dibayar cuma RM70. Nilai caj yang disyorkan tersebut cumalah sebagai contoh. Berkemungkinan kadar yang lebih murah dapat diperkenalkan di alam nyata mengikut populariti rangkaian yang ditawarkan.
Kedua, masalah liputan perkhidmatan siaran yang terhad kerana ABN menggunakan jalur lebar kabel optik. Sebagai langkah jangka pendek dan sederhana, disarankan pihak ABN bekerjasama dengan penyedia jalur lebar 4G sedia ada untuk mengadakan keluasan liputan siaran servis ABN. Lagipun prasarana 4G sehingga kini amat kurang digunakan oleh rakyat Malaysia.
Masih terdapat banyak ruang kosong dalam spektrum 4G yang boleh diisi selain daripada komunikasi internet. Teknologi siaran tanpa wayar 4G boleh dianggap sebagai siaran satelit terestrial yang jauh lebih cekap dan berkesan daripada teknologi siaran TV satelit sedia ada di mana masih menggunakan teknologi lama pertengahan 1990-an.
Manakala pemeringkatan teknologi kepada 4.5G dan 5G adalah mungkin pada waktu terdekat ini menawarkan perkhidmatan jalur hiper hampir setaraf dengan kelajuan laser optik.

Subscribe to:
Posts (Atom)