Tidak lengkap rumah tanpa sofa, perabot cantik dan selesa dijadikan tempat duduk penghuni rumah dan tetamu datang bertandang.
Ramai pengguna membeli sofa tetapi tanpa menyedari mengabaikan kualiti sebenar perabot. Mereka hanya menumpukan perhatian kepada material luaran sofa beserta warna perabot terbabit.
"Tahan ke?"
Itu antara soalan seringkali diajukan oleh bakal pembeli kepada peniaga. Jawaban kepada soalan itu mampu dijangka. Masakan peniaga akan berkata ...
"Tidak berapa tahan"
Kurang setahun lalu, saya membeli sofa di kedai perabot ternama di Petaling Jaya, Selangor. Harga sofa terbabit mencecah ribuan ringgit.
Jam 12 tengahari tadi, saya menyingkap fakta sebenar berhubung sofa itu biar pun sudah agak terlewat kerana material luaran sofa terbabit telah rosak.
Untuk rekod, kos memperbaiki sofa kekadang hampir sama berbanding harga asal pembelian perabot itu.
Mari bersama kita teliti jenis kayu digunakan di bahagian bawah perabot itu.
"Ini kayu lembut, chipboard, kalau kena air, mesti kembang," kata M.P Chai, 41 tahun.
Peniaga kelahiran Malim Nawar, Perak itu lebih selesa dipanggil 'Ah Chai' dan beliau pemilik kilang pembuat perabot di Sungai Buloh, Selangor.
Kilang disewa Ah Chai dengan harga RM5,000 sebulan dan kini dia mempunyai 20 pekerja.
"Sejak bila berniaga perabot?," tanya saya kepada ayah 3 anak itu.
"Masa umur 12 tahun, saya kerja sama orang di Ipoh, Perak. Gaji saya, RM6 sehari, kerja di antara jam 9 pagi dan 5 petang. Masa itu saya belajar membuat kusyen kereta dan bas, bukan perabot. Umur 20 tahun, saya buka kedai di Tiger Lane sekarang Jalan Sultan Ahmad Shah di Ipoh. Di sebelah kedai saya, ada gimnasium, ramai orang kaya datang exercise. Sesekali dia orang datang ke kedai, bertanya kepada saya, boleh repair sofa ke? Sofa orang kaya, mahal. Waktu itu saya ambil sofa dari rumah pelanggan dan mula cuba repair. So, kalau kira-kira, saya sudah buat sofa lebih 30 tahun," jelas beliau.
"Kilang saya menggunakan kayu lebih berkualiti, bukan chipboard," jelas Ah Chai.
"Kami tidak mahu membuat kerja berulangkali. Kalau sofa kita jual tidak berkualiti, nanti semua pelanggan cari sama Angel, tidak syok itu macam," celah isteri peniaga itu.
"Kalau kita bandingkan harga sofa di kedai dengan harga di kilang, murah lebih kurang berapa peratus?," soal saya.
Barangkali soalan itu juga berlegar di minda pengguna sebelum membeli sofa.
"Di antara 30 dan 40 peratus. Bukan apa, bila kedai besar, sewa pun lebih mahal, kadang-kadang sampai 20 ribu satu bulan. Jadi perabot pun kena jual mahal, kalau tidak macam mana mampu untuk membayar sewa? Bil elektrik, air dan gaji pekerja," ujar beliau.
Adik ipar Ah Chai, Kent, turut berkongsi rahsia penjagaan sofa.
"Kalau material luar itu kulit, no problem, boleh cuci menggunakan air tetapi kalau PU atau PVC, jangan guna air, mesti sofa cepat rosak punya. Kalau hendak bersihkan, kena beli dia punya cecair," katanya.
Kepada pembaca menetap di Lembah Klang dan berhajat untuk membeli sofa, sila berhubung terus dengan Ah Chai di talian 012 39 666 21.
"Nanti kalau ada orang telefon, dia cakap "ini kawan Mazidul", ada harga special?," soal saya.
"Mesti punya. Kalau kawan susah untuk mencari kita punya kilang, sampai sahaja di Kampung Baru Sungai Buloh, terus telefon saya, kita hantar orang ambil dia," balas Ah Chai.
Oh! Ini sofa 3-seater baru saya, lokasi saya 'bertapa' dan menulis hampir setiap entri blog ini.
No comments:
Post a Comment