Sakit 'intim'
Jawapan disediakan Dr Suhaimi Isa, Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur.
bminggu@bharian.com.my
2010/10/17
Gambar hiasan
Soalan:
Pemeriksaan di hospital kerajaan sejak 1982 hingga sekarang tiada apa-apa perubahan. Doktor yang memeriksa berkata, rahim isteri perlu dibersihkan dengan memasukkan tangan doktor ke dalam rahim. Tapi kami menolak rawatan ini.
Apa sebenarnya masalah isteri dan apakah kaedah rawatan yang dinyatakan doktor yang memeriksa itu adalah yang terbaik? Sekarang, isteri sudah berusia 56 tahun dan sudah putus haid.
ABDULLAH
Jawapan:
ENCIK Abdullah, masalah isteri anda sudah terlalu lama. Tidak dapat dipastikan sama ada sebarang rawatan sekarang yang dapat membantunya atau tidak.
Pada peringkat awal iaitu selepas melahirkan anak pertama pada 1982, ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan masalah kesakitan sewaktu melakukan hubungan intim.
Selepas bersalin normal, kebanyakan isteri pula mempunyai episiotomy pada vagina mereka. Kadangkala apabila episiotomy ini pulih terjadi urat saraf tersepit dalam parut episiotomi ini.
Ia akan menyebabkan kesakitan pada pintu vagina apabila hubungan kelamin berlaku. Pintu rahim juga terluka apabila jangkitan kuman berlaku. Akibatnya, keputihan berwarna kuning dan kadangkala kemerahan berlaku. Jangkitan pelvis juga berlaku selepas bersalin dan wanita akan mengalami kesakitan pada bahagian ari-ari serta demam.
Hubungan seksual juga menyebabkan rasa sakit. Selain dari itu, penyakit endometriosis juga menyebabkan sakit bila bersama. Punca lain termasuk ovarian cyst atau ovary tersepit kerana parut.
Apabila seseorang wanita menyusukan anak mereka mereka akan mengalami kekeringan pada bahagian vagina kerana kekurangan hormon estrogen. Kulit vagina yang kering juga menyebabkan sakit apabila bersama. Ada faktor psikologi apabila seseorang itu sudah bersalin. Kadangkala nafsu untuk bersama menurun dan tanpa rangsangan yang cukup, menyebabkan lendir pada vagina tidak cukup untuk melicinkan hubungan seksual.
Kalau pada peringkat awal lagi saya akan menasihatkan Encik Abdullah membawa isteri bertemu doktor pakar untuk pemeriksaan bahagian vagina, ultrasound dan mungkin laparaskopi bagi mencari punca yang menyebabkan isteri sakit ketika bersama.
Namun sekarang, isteri sudah menjangkau 56 tahun. Hubungan seksual pada usia ini tidak membawa apa-apa kemudaratan, oleh kerana hormon sudah berkurangan maka hubungan seksual pada waktu ini boleh menyakitkan. Jadi saya menyarankan gunakan krim pelincir atau isteri boleh menggunakan krim estrogen bagi memudahkan hubungan kelamin.
Bagi anda yang memiliki kemusykilan mengenai kesihatan, sila hantarkan soalan kepada Doktor di Berita Minggu melalui e-mel, bminggu@bharian.com.my atau melalui pos di alamat Berita Minggu, Berita Harian Sdn Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100, Bangsar, Kuala Lumpur. Soalan anda akan dijawab Dr Suhaimi Isa, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pantai Ampang.
No comments:
Post a Comment