Sunday, December 11, 2011

carian google

Google kenal pasti carian hangat
Oleh : SALWANI MD ZAIN
Tarikh : December 9, 2011
Google kenal pasti carian hangat
Google mengeluarkan senarai Zeitgeist (semangat masa) bagi carian terhangat di google.com.my.
Senarai itu memberi pandangan sepintas lalu berkenaan apa yang dicari oleh rakyat Malaysia meliputi acara, detik-detik menarik, dan trend baru sepanjang tahun 2011.
 
Dalam satu kenyataan syarikat itu berkata, pada tahun ini, senarai carian yang meningkat naik dengan pantas adalah rangkaian sosial, permainan atas talian AngryBirds, dan rakyat Malaysia juga juga amat gemar melakukan carian berkaitan rancangan realiti TV, Maharaja Lawak menduduki tangga ketiga.
 
”Apabila dilihat pada carian berkaitan rancangan TV, rakyat Malaysia amat gemarkan program realiti America’s Next Top Model (ANTM), X Factor USA dan American Idol 2011 adalah antara carian rancangan TV popular sepanjang tahun ini. ‘Tonton’ dan ‘Apa Itu ‘PPVRIP’ turut tersenarai sebagai carian popular, menunjukkan rakyat Malaysia mula memfokuskan terhadap TV atas talian,” katanya.
 
Pengguna Malaysia yang meminati teknologi turut menyumbang kepada trend carian sepanjang tahun misalnya gajet, yang dilancarkan sekadar ura-ura sahaja memegang empat kedudukan tertinggi daripada 10 carian yang meningkat naik dengan pantas seperti iPhone 5, iPad 2, Samsung Galaxy dan Android.
 
Dalam bertanyakan soalan berkaitan teknologi, pengguna Malaysia gemar melakukan carian untuk bertanya “Apakah itu...” untuk mengetahui lebih lanjut mengenai iPad, hacking dan jailbreak. Penyanyi dan penulis lagu Bruno Mars yang melawat Malaysia pada bulan April, mendahului senarai carian berkaitan orang yang meningkat naik dengan pantas bersama-sama tiga bintang muzik antarabangsa seperti Avril Lavigne, Rihanna dan Justin Bieber yang turut menjadi imej yang paling banyak dicari pada tahun ini.
 
Pengguna Malaysia juga turut menggunakan carian imej dalam mengetahui berkaitan bagaimana basikal dengan gear-tetap kelihatan apabila fixie mula menjadi budaya baru, selain terma yang carian imej popular yang lain adalah seperti Domo kun maskot berbulu dari stesen televisyen Jepun, NHK.

No comments:

Post a Comment