Monday, December 12, 2011

spesis baru

200 spesies baru ditemui

HANOI 12 Dis. - Lebih 200 jenis spesies baru ditemui di wilayah Greater Mekong pada tahun lepas termasuk cicak pelbagai warna, ikan seperti timun gerkin dan seekor monyet yang mempunyai rambut seperti penyanyi lagenda Elvis Presley.

Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) hari ini berkata, kawasan tersebut penuh dengan kepelbagaian hidupan yang menyaksikan spesies baru ditemui setiap dua hari tetapi kerjasama serantau diperlukan untuk memastikan ia tidak pupus.

WWF pada awal tahun ini menyatakan bahawa hidupan liar di Vietnam diancam kepupusan selepas badak sumbu Jawa diburu oleh pemburu haram sehingga pupus.

''Ketika penemuan pada 2010 adalah maklumat baru dalam dunia sains, kebanyakan haiwan itu ditakdirkan menjadi hidangan makan malam dan berusaha untuk hidup ekoran kekurangan habitat dan risiko pupus,'' ujar Pengarah Pemuliharaan WWF Greater Mekong, Stuart Chapman dalam satu kenyataan.

WWF dalam laporannya berkata, seekor cicak dengan kakinya berwarna oren terang, leher kuning dan badannya berwarna biru-kelabu dengan sisi badannya berwarna oren terang, ditemui di sebuah pulau di selatan Vietnam.

Seekor monyet berhidung pendek dan terjungkit dan mempunyai rambut seperti Presley itu pula ditemui di kawasan pergunungan Kachin, Myanmar.

Selain itu, seekor cicak yang mampu menghasilkan cicak baru menggunakan kaedah klon merupakan antara 208 spesis baru berkenaan.

Lima spesies baru pokok periuk kera yang memerangkap mangsa termasuk tikus dan burung juga ditemui.

Chapman berkata, perdagangan haiwan liar masih menjadi ancaman utama di haiwan terancam di wilayah ini walaupun peraturan melarang perbuatan itu dikuatkuasakan. - Reuters

No comments:

Post a Comment