Persoalan harta pusaka arwah datuk
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
ARWAH bapa ada membina sebuah rumah di atas tanah milik arwah datuk saya ketika masih hidup.
Kini, ahli keluarga yang lain ingin menjual tanah itu.
Sebagai waris, berhak atau tidak saya menuntut ganti rugi ke atas rumah itu?
Saudara lain mengatakan saya hanya menumpang untuk membina rumah dan tidak layak menuntut ganti rugi padahal rumah itu dibina dengan keizinan pemilik tanah terdahulu.
Sebenarnya arwah datuk menjadi ahli kepada syarikat pemaju perumahan.
Ketika hidup syarikat berkenaan memberikan tapak rumah kepadanya.
Apabila meninggal dunia, tanah itu dibahagikan kepada waris yang masih ada.
Seterusnya, keahlian arwah datuk tadi dipindahkan kepada bapa saudara saya atas persetujuan waris lain di mana dia bakal menjadi waris ke atas tanah itu.
Kini, syarikat terbabit hendak memberi satu lagi tapak kepada ahlinya.
Adakah tanah yang bakal diperoleh itu dikategorikan sebagai pusaka arwah datuk atau ia kini milik mutlak bapa saudara saya?
INGIN KEPASTIAN,
Kuala Lumpur
DALAM menyelesaikan masalah sesama keluarga seperti di atas, semangat kekeluargaan dan ukhuwah perlu diambil perhatian yang sewajarnya supaya tali silaturahim tidak terputus.
Setiap ahli keluarga hendak mengambil berat maslahah keluarga dan sanak saudara.
Segala masalah yang timbul perlu diselesaikan secara berhemah.
Secara umumnya, apabila tanah sudah bertukar milik, pemilik baru boleh mengambil kembali tanah itu dengan sepenuhnya apabila pemilik baru membayar nilai rumah itu dalam harga semasa.
Ini kerana pemilik tanah terdahulu, iaitu arwah datuk memberi keizinan kepada ayah sendiri untuk membina rumah di atas tanah terbabit.
Apabila membayar ganti rugi harga dan nilai rumah, keluarga dapat berpindah ke tempat lain secara baik.
Anda sekeluarga dan pemilik tanah baru pasti berpuas hati kerana ia diselesaikan secara baik.
Pemilik tanah yang baru tidak dilihat menzalimi ahli keluarga sendiri.
Mengenai pemberian satu lagi tapak kepada ahli syarikat, ia tidak lagi dikira sebagai harta pusaka arwah datuk memandangkan datuk sudah menyerahkan keahliannya kepada bapa saudara sendiri.
Keluarga anda tidak lagi berhak mendapat bahagian daripada tapak berkenaan.
No comments:
Post a Comment