Tuesday, December 21, 2010

Mesin Potong Buah sawit








'Cantas' bantu atasi masalah

Oleh Amran Mulup
utusanterengganu@utusan.com.my

JASIN 21 Dis. - Penggunaan pemotong sawit bermotor dikenali sebagai Cantas dijangka dapat mengatasi masalah kekurangan kira-kira 40,000 tenaga kerja di ladang kelapa sawit di seluruh negara.

Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Seri Shahrir Abdul Samad berkata, Cantas yang digunakan untuk menuai tandan dan memotong pelepah sawit adalah alternatif terbaik yang dapat menyelamatkan industri sawit negara daripada terjejas akibat kekurangan pekerja di ladang.

Menurutnya, kekurangan pekerja ladang di seluruh negara disifatkan amat serius pada masa ini dan jika masalah itu tidak diatasi ia akan menjejaskan produktiviti terutama untuk pasaran eksport ke luar negara sebanyak 85 peratus.

Beliau berkata, kekurangan pekerja di ladang berpunca apabila kebanyakan pekerja dari Indonesia mula pulang ke negara masing-masing sejak banyak ladang kelapa sawit dibuka di negara itu.

''Setakat ini ladang-ladang kelapa sawit menghadapi masalah pekerja untuk menuai dan memotong pelepah dan MPOB menganggarkan kira-kira 40,000 pekerja diperlukan bagi memastikan produktiviti tanaman sawit tidak terjejas dalam tempoh dua tahun akan datang.

''Penggunaan Cantas dikenal pasti sebagai langkah ke arah mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing di sektor perladangan khususnya bagi penuaian buah sawit," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Koperasi Penanam Sawit Mampan Daerah Jasin di Dewan Alamanda di sini semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Mohd. Yazed Khamis.

Shahrir berkata, penggunaan Cantas akan dapat menjimatkan tenaga pekerja kerana ia hanya memerlukan tiga pekerja berbanding lima pekerja untuk kerja-kerja menuai dan memotong pelepah.

''Lebih penting, hasil pengeluaran sawit dapat ditingkatkan sebanyak dua kali ganda daripada 1.8 tan metrik kepada 3.2 tan metrik bagi seorang pekerja sehari berbanding penuaian secara manual," katanya.

Justeru kata beliau, kira-kira 166,018 pekebun kecil yang mengusahakan kira-kira 634,453 hektar kawasan tanaman kelapa sawit di seluruh negara wajar menggunakan Cantas untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan.

Katanya, pada masa ini sebanyak 180 pemotong sawit bermotor telah dibeli oleh pekebun kecil manakala 220 lagi telah memohon untuk membelinya.

Bagi menggalakkan penggunaan Cantas berharga RM2,500 sebuah, Shahrir berkata, MPOB telah menyediakan Skim Diskaun Cantas dengan potongan sebanyak RM1,000 bagi memudahkan pekebun kecil membelinya.

Katanya, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM5.3 juta bagi pelaksanaan skim diskaun kepada pekebun kecil.

14 comments:

  1. bos..asalam..sa pekebun kecil di sabah...tapi tanah masi belom ada geran so tidak buli lagi sa mohon lesen...so soalan sa..boleh ka sa mohon subsidi @ ada cara yang boleh tuan bantu sa...sa di kawasan keningau sabah..terima kasi

    ps: tu nama smk seberang temerloh masa sa prktikal d sana haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli mesin tak perlu geran...subsidi seribu

      Delete
    2. layari www.etani.com.my / 03-7845 1155
      untuk maklumat lanjut mesin Cantas

      Delete
  2. salam...dimana saya boleh dpt kan mesin cantas ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari di pejabat malaysian palm oil board..dapat subsidi rm 1000

      Delete
  3. salam,dimana boleh saya dapatkan mesin cantas ni, saya tinggal di tangkak johor

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi ke pejabat lembaga minyak sawit malaysia..mpob di tempat anda

      Delete
    2. layari www.etani.com.my / 03-7845 1155 untuk maklumat lanjut

      Delete
  4. ade tak peruntukkan utk kebun2 kecil dan yg kurng brkemampuan?

    ReplyDelete
  5. salam..sy pelajar dari institut pertanian sabah,mhu tnya ni tuan tntng kebaikan ni mesin dan kalau ada risalah tntng ni mesin blh minta ka 2,sy pilih mesin ni sbgai tajuk pembentangan sy...tq.

    ReplyDelete
  6. Boleh dapat lagi ke stok untuk waktu ini.

    ReplyDelete
  7. Wakil jualan di kuching sarawak ada kah.. kalau ada sms ke no ini 0198916596. Thanks Q.

    ReplyDelete
  8. Tolong kirim harga mesin pemotong tandan sawit

    ReplyDelete