Thursday, April 12, 2012

wali

Syarat wali hakim

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SAYA ada kemusykilan mengenai wali. Saya merancang untuk berkahwin hujung tahun depan, tetapi bapa sudah lama meninggal dunia.

Walaupun demikian, saya mempunyai saudara lelaki (abang) berlainan ibu (saya anak isteri kedua).

Masalahnya, kami tidak rapat dan lebih lima tahun tidak berjumpa walaupun saya tahu serba sedikit alamatnya menerusi laman sosial Facebook.

Adakah saya layak memohon kebenaran mahkamah bagi menggunakan wali hakim untuk pernikahan saya atau berusaha mencari saudara kandung saya terlebih dulu?


ROZY

Kuala Lumpur



Wali yang hendak menikahkan mestilah menurut urutan. Wali selepas bapa ialah bapa kepada bapa (datuk) dan ke atas, saudara lelaki seibu sebapa, saudara lelaki sebapa, anak lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa, anak lelaki daripada saudara lelaki sebapa dan seterusnya ke bawah.

Kemudian, bapa saudara (adik-beradik lelaki bapa sebelah sebapa), anak lelaki daripada adik-beradik lelaki bapa seibu sebapa (sepupu), anak lelaki daripada adik-beradik lelaki bapa sebapa dan seterusnya sampai ke bawah (sepupu) dan terakhir, wali hakim.

Jika sukar menjejaki atau wali ingkar, boleh dikemukakan ke mahkamah untuk mendapatkan wali hakim.

No comments:

Post a Comment